JAMINAN YANG ANDA PEROLEHI DENGAN EMAS

NOTA 075 

❇️❇️

JAMINAN YANG ANDA PEROLEHI DENGAN EMAS

Emas telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia berabad lamanya. Ia tidak lagi terhad sebagai barang perhiasan sahaja. Malah kegunaan emas semakin meluas di dunia serba moden masa kini.

Akses kepada emas juga tidak lagi terhad kepada industri mahupun golongan tertentu sahaja. Kini, emas telah semakin mendapat tempat di dalam kalangan ‘rakyat marhain’ untuk di jadikan sebahagian daripada protfolio kewangan mereka.

Emas adalah aset setara dengan aset-aset arus perdana lain seperti tunai, hartanah, ekuiti dan sebagainya. Namun, emas mempunyai keunikannya yang tersendiri yang menyebabkan ia lebih menonjol berbanding aset – aset yang lain

1️⃣ Kekayaan di tangan

Tiada siapa yang mengatahui kekayaan yang anda ada dengan emas. Keistimewaan emas adalah, ianya tidak berada dalam sistem kewangan yang ada di dunia pada masa kini. Hanya anda dan orang yang yang anda salurkan maklumat sahaja mengatahui jumlah kekayaan sebenar yang anda miliki.

Baca: Kelebihan emas berbanding pelaburan lain 

Selain itu, nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri berbanding wang kertas terletak pada jaminan pemerintah dan kestabilan sesebuah negara. Wang tunai mempunyai tarikh luput.

Syiling RM1 telah luput penggunaannya pada tahun 2005

Nilai kuasa beli emas sentiasa kekal dan hanya nilai tunainya yang naik turun setiap hari. 1 gram emas yang dahulu tetap 1 gram yang sama hari ini. 

Di sebabkan kuasa beli tunai yang menurun, maka anda akan dapati nilai wang 1 gram yang dahulu tidak akan sama dengan nilai wang hari ini. Jika dahulu 1 gram bernilai sekitar RM50 segram, 20 tahun kemudian (hari ini) emas di nilaikan sekitar RM270 segram untuk 1 gram yang sama. 

2️⃣ Aset mampu milik

Emas adalah satu – satunya aset fizikal yang anda boleh milikinya sedikit demi sedikit. Berbanding aset lain seperti hartanah, anda memerlukan tunai yang sangat besar untuk memilikinya. Malah, kemungkinan besar anda perlu membuat pembiayaan.

Dengan serendah RM100, anda sudah mula boleh memiliki 0.3745 gram (RM267 segram) emas di dalam akaun emas GAP daripada Public Gold. Kumpulkan aset ini sedikit demi sedikit dan anda boleh tukarkannya kepada emas fizikal melalui pengeluaran Gold In Transit (GIT)

GIT merupakan satu kaedah pengeluaran emas di atas talian, yang mana emas tersebut akan terus di pos (berinsurans) ke rumah anda dengan kos yang paling minima. Satu lagi perkhidmatan Public Gold sediakan bagi memudahkan anda untuk memiliki emas.

Setakat hari ini (Mei 2021), tiada lagi syarikat emas lain yang mampu memerikan servis seumpama Public Gold.

Baca: Kelebihan Pengeluaran Emas di pos Terus Ke Rumah

3️⃣ Aset mudah alih

Emas merupakan aset yang fleksibel. Dengan memiliki emas, anda tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan modal tambahan untuk urusan perniagaan anda. Kemudahan pembiayaan sehingga 80% daripada nilai emas mudah di perolehi di Ar-Rahnu atau pajak gadai berhampiran dengan anda.  

Lebih menarik, pebiayaan di Ar-Rahnu ini tidak akan mengganggu markah kredit (credit score) anda untuk pembiayaan seterusnya di bank bagi pembiayaan perumahan, kenderaan dan sebagainya (tertakluk kepada institusi Ar-Rahnu yang anda gunakan)

Selain daripada itu, emas boleh di jadikan hibah yang ‘sempurna’ pada pasangan anda. Apabila berlakunya kematian, semua aset – aset seperti wang tunai di bank, hartanah, saham dan sebagainya akan di bekukan sehingga di uruskan oleh wakil yang di lantik.

Proses perundangan menuntut harta si mati bagi pihak waris boleh menjangkau bertahun – tahun. Lebih malang, jika ia melibatkan perubutan antara waris (Na’uzubillah minta di jauhkan)

Selain daripada emas, Hibah Takaful juga boleh menjangkaui tuntutan faraid. Wang hibah akan di di bayar terus pada penama yang telah amanahkan. Bayaran 10%* akan di bayar dahulu atas penerimaan sijil kematian orang yang dilindungi sebagai Manfaat Pengurusan Pengebumian dalam masa 24jam dan baki penuh akan di bayar kepada waris yang di namakan di dalam polisi

Dengan wang yang di terima, waris boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan setelah kehilangan ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga

Baca: Berapakah jumlah sebenar pampasan yang perlu diambil oleh seorang ketua keluarga?

4️⃣ Jaminan nilai jangkamasa panjang

Pelaburan emas bukanlah seperti saham, anda boleh untuk dala satu hari. Harga emas hampir sepenuhnya bergantung pada permintaan dan penawaran di pasaran global kerana emas di dagangkan sebagai salah satu komoditi logam berharga.

‘Slow but surely’, itulah emas. Emas adalah logam yang tidak boleh di cipta. Dengan sumber yang semakin terhad, harga emas akan naik dan hanya masa menentukan. 

Baca: Pelaburan emas bukan perti saham

.

Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful