NOTA 074
❇️❇️
KELEBIHAN EMAS BERBANDING PELABURAN LAIN
Pelaburan emas, secara prinsipya sama dengan SEMUA pelaburan yang ada di atas muka bumi ini. Hanya dan hanya orang yang mempunyai ILMU sahaja yang akan berjaya, dan yang tiada ilmu akan menemui jalan kegagalan.
Ia terpakai dalam SEMUA jenis pelaburan. Orang yang melabur dengan ikut-ikutan, tidak akan dapat ke mana. Ini adalah kerana mereka tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan. Saya katakan mereka sedang ‘berjudi’.
Dalam semua pelaburan ada naik dan turunnya, tidak kira ia pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan sahama amanah dan lain-lain. Setiap satu pelaburan ada kelebihan masing-masing dan pelabur yang bijak ialah pelabur yang mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.
Namun, ada satu keistimewaan yang pelaburan emas yang saya pelajari dari posting Tuan Mohd Zulkifli Shafie, seorang pelabur, peniaga dan sifu pelaburan emas yang selalu saya sampaikan jika ada rakan-rakan atau penyimpan emas baru yang bertanyakan tentang pelaburan emas.
Keistimewaan pelaburan emas ialah, ia tidak berada dalam sistem kewangan yang ada di dunia pada masa kini. Apa maksudnya?
Maksudnya, pemilikan emas tidak seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, pemilikan saham amanah dan lain-lain pemilikan harta di dunia – yang rekodnya disimpan oleh pihak lain seperti bank, syarikat saham, sayarikat saham amanah dan sebagainya.
Jadi, dengan kelebihan ini, hanya pemilik emas sahaja yang tahu nilai sebenar kekayaan yang dimilikinya.
Malah, sekiranya berlaku worst case scenario dalam kewangan seseorang iatu jatuh bankrap – apabila aset-aset lain terpaksa dicairkan atau dibekukan atau disita seperti simpanan bank, saham, hartanah, unit amanah, Tabung Haji, ASB dan lain-lain – emas yang disimpan rapi oleh pelaburnya tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.
1Mungkin ada orang akan kata, “simpan duit bawah bantal pun tak ada orang tahu”. Ya betul, tapi nak simpan RM260,000 tunai bawah bantal jika dibandingkan dengan menyimpan 1kg emas yang berharga sama, mana lebih mudah?
Namun, ia mempunyai syarat yang ketat iaitu emas yang dibeli perlu disimpan sendiri. Bukan beli emas melalui akaun bank atau beli emas kemudian dipajak pada ar-rahnu. Apatah lagi pelaburan emas delay / beli emas dapat duit bulan-bulan yang sah-sah adalah scam.
(Kredit tulisan asal Afyan Ma Rawi, IFP)
.
Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Pingback:JAMINAN YANG ANDA PEROLEHI DENGAN EMAS - Emas4u | Public Gold