PELABURAN EMAS BUKAN SEPERTI SAHAM

Pelaburan emas bukan seperti saham
Emas, saham, pelaburan, gold, public gold, simpanan

NOTA 025

❇️❇️

PELABURAN EMAS BUKAN SEPERTI SAHAM

Di dalam dunia pelaburan, terdapat pelbagai instrumen (alat) pelaburan yang boleh diguna pakai untuk mengekal dan menambah kekayaan

Antara pelaburan yang terkenal di masa kini adalah emas dan saham. Ramai yang menyangkakan – beli emas hari ini, esok jual terus untung

Namun, emas tidak boleh beli hari ini dan jual keesokkan hari untuk dapat untung kerana emas tertakluk kepada nilai ‘spread’. Jika mahau untuk cepat, saham adalah pilihan tepat. Beli pagi, petang dah boleh jual untuk dapat untung (kalau untunglah). Ya memang benar, keuntungan di ‘dunia’ saham boleh berganda-ganda di dalam sehari (tiada had!)

Namun, sila ambil perhatian bahawa pulangan yang tinggi itu di iringi dengan risiko yang tinggi. Selain anda perlukan modal yang besar, persediaan mental yang adalah wajib sebelum menceburi bidang saham

Melabur dalam pasaran saham perlukan masa, tumpuan yang penuh dan tak semua orang mampu buat kerana pelbagai kekangan. Melabur di pasaran saham bukan seperti meletakkan duit di ASB dan mengharapkan pulangan secara automatik

Bagi emas, kelemahan terbesarnya adalah ia perlukan masa. Bila melibatkan diri dengan emas, matlamat utama adalah untuk melindungi kekayaan. Tetapkan masa sekurang-kurangnya lebih daripada 3 tahun untuk dapatkan pulangan. Ini adalah kerana harga emas naik dan turun dalam masa yang terdekat

Pulangan emas mengikut statistik sehingga hari ini adalah 640% di dalam masa 20 tahun. Secara purata sebanyak 32% setahun! Keuntungan pada emas adalah perlahan, namun ia pasti. Kenapa? Kerana sifat emas itu sendiri

Emas terkenal sebagai logam berharga yang menjadi pelindungan kepada kekayaan. Nilai emas tidak mungkin menjadi sifar = 0, namun harga emas boleh naik tanpa ‘sekatan’. Apabila krisis berlaku, emas menjadi rebutan kerana ‘nilainya’ yang berdiri dengan dirinya sendiri

Kalau beli emas untuk mendapatkan keuntungan jangka masa pendek, ia tidak sesuai. Bahkan risiko rugi sangat tinggi (selagi tidak jual emas tersebut tidak akan rugi). Kalau nak beli emas, beli dengan duit yang tidak digunakan dalam jangka masa 2-3 tahun. Emas perlukan masa untuk menikmati keuntungan

Jadikan emas sebagai tabungan masa hadapan. ‘Slow but surely’ – perlahan namun perkembangannya pasti

Mulakan tabungan emas serendah RM100. Hubungi saya untuk penerangan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan

Hubungi saya di link berikut untuk maklumat lanjut https://dyndzu.wasap.my/