NOTA 105
❇️❇️
GOLDBAR ATAU BARANG KEMAS
Jika anda baru saja mengenali emas atau baru sahaja membuat kira – kira untuk memilih produk mana yang sesuai untuk di jadikan pelaburan; kemungkinan besar anda akan tiba di satu persimpangan.
“Yang mana satu ek?”
Bagi menjawap persoalan anda itu, perkara paling asas adalah mengenali kelebihan dan kekurangan setiap produk tersebut. Secara mudahnya saya rumuskan seperti berikut
BARANG KEMAS / PERHIASAN
Fakta 1:
Kebiasaannya berketulenan 916 atau 22K. Sifat asal emas adalah lembut dan mudah di lentur. Emas tulen boleh di bengkok (di ubah – ubah bentuknya dengan mudah). Oleh itu, emas di campur dengan logam lain seperti perak, kuprum dan sebagainya untuk menguatkan struktur produk akhir supaya ia lebih tahan lasak. Maka dengan itu harga per gram yang emas tersebut adalah beserta dengan logam lain tadi.
Jika anda peminat gelang bangle seperti ini, ketahuilah di tengah – tengah nya ada sejalur besi yang berfungsi sebagai ‘tiang’ kepada gelang tersebut. Tiang ini membantu mengukuhkan bentuk bangle tersebut.
Dengan kata lain, anda membayar harga emas dan logam – logam lain yang datang bersamanya.
Fakta 2
Fungsi utama sebagai barang perhiasan wanita. Jadi, jika ia tidaklah menjadi masalah jika emas tersebut di campurkan dengan logam lain untuk menjadikan produk akhir itu berkualiti tinggi (cantik dan tahan lasak)
Sama seperti anda membeli beg tangan kulit. Adakah benang nya dari kulit? Adakah pin, butang, tag nya dari kulit? Semestinya tidak bukan.
Fakta 3
Emas perhiasan tertakluk kepada upah pembuatan. Semakin rumit pembuatannya, semakin tinggi harga upah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi. Upah ‘amatur’ berbeza dari yang ‘pro’. Gaji kuli dan gaji bos berbeza. Betulkan?
Walaupun ada penjual yang mengatakan harga barang jualannya ‘tiada upah’, ketahuilah harga jualan sudah termasuk (included) didalam harga produk; kecuali beliau memang benar – benar membuat amal jariah 🙃
GOLDBAR / JONGKONG EMAS
Fakta 1:
Kebiasaannya berketulenan 999 atau 24K. Selepas ianya di lombong, emas di hantar ke kilang untuk di tulenkan (di bersihkan dari kotoran, di pisahkan dari logam – logam lain). Kemudian ianya di bentuk kepada bentuk – bentuk yang ringkas (berpetak – petak) supaya mudah di uruskan.
Fakta 2
Fungsi utama ‘goldbar’ adalah sebagai emas perlaburan. Oleh kerana pembuatannya yang ringkas, maka kos pembuatannya dapat di minimumkan dan harga jualannya tidaklah jauh dari harga emas mentah.
Fakta 3
Pembuatan goldbar ringkas samada secara ‘casting’ (emas cair di curah ke dalam acuan untuk membentuk bar/jongkong, atau ‘minted goldbar’ iaitu gulungan emas di ‘stamping’ / di cop menjadi kepingan – kepingan kecil dan di pakej di dalam bentuk kad – kad yang mudah di bawa
.
Jadi, dah tahu nak pilih yang mana? Ini adalah hanya penjelasan yang ringkas. Tambah pengatahuan, anda akan lebih faham
Baca: Adakah menyimpan emas lebih baik dari tunai?
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/
👉🏻📞 011-70000171
👉🏻🌐 home.emas4u.com