NOTA 083
❇️❇️
ADAKAH MENYIMPAN EMAS LEBIH BAIK DARI TUNAI?
.
Emas merupakan satu alternatif pilihan untuk di jadikan sebagai simpanan ketika masa sukar. Adakah ini merupakan satu idea yang baik?
Membeli dan menyimpan emas perhiasan untuk hari yang tidak diduga telah lama di praktikan di Malaysia, terutamanya golongan wanita.
Pada masa kini, melabur dalam emas sebagai bentuk simpanan adalah lebih mudah. Sekiranya anda mencari sesuatu yang berisiko rendah sebagai bentuk perlindungan kekayaan dari ekonomi yang bergolak, emas adalah jawapan yang anda cari.
Mengapa emas bukan wang tunai?
Cabaran utama yang perlu anda hadapi ketika cuba untuk berjimat cermat adalah menghaadapi cabaran inflasi. Kuasa beli mata wang anda akan berkurang.
Sebagai contoh, secawan teh tarik berharga RM0.20 pada tahun 80an, namun kini anda perlu membayar RM1.50 untuk minuman yang sama.
Walaupun inflasi adalah sebahagian faktor bagi pertumbuhan ekonomi, tetapi jika ia berlaku di luar kawalan maka harga barang-barang keperluan rumah akan melambung tinggi.
Apabila ini berlaku, apa yang anda dapat beli dengan jumlah simpanan yang anda akan berkurang.
Seperti yang ditunjukkan oleh jadual di atas, pulangan tahunan emas secara signifikan mengatasi kadar inflasi tahunan. Terutama ketika ekonomi bergerak perlahan (deflasi), seperti yang dilihat oleh penurunan CPI sepanjang tahun 2020.
Secara purata, harga emas telah meningkat 6 kali ganda berbanding peningkatan modal 2 kali ganda dalam harta tanah semenjak 20 tahun kebelakangan ini. Bayangkan berapakah faedah yang anda perolehi jika anda telah bermula menyimpan emas dari awal.
Antara faedah pelaburan emas adalah
- Pulangan pelaburan yang stabil dalam jangka masa panjang
- Aset selamat semasa masa tidak stabil
- Mempelbagaikan risiko dalam portfolio anda
Tidak di nafikan, wang tunai di penting dalam keperluan harian kita. Sebagai orang yang celik kewangan, mengimbangi keperluan jangkamasa pendek dan panjang adalah perlu bagi memaksimakan pulangan.
.
Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini
Pingback:GOLDBAR ATAU BARANG KEMAS - emas4u -