
NOTA 106
❇️❇️
AZAM KU DI TAHUN BAHARU
Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya dan kini kita sudah berada di minggu ke-3 tahun baharu 2022. 1001 kenangan kita tinggalkan menjadi perkara lalu (kenangan) dan seharusnya kita terus fokus kepada perkara yang mendatang (masa hadapan).
Jika azam kewangan anda pada tahun 2021 masih belum tercapai, dan lebih malang jika ia adalah azam ‘recycle’ tahun – tahun yang sebelumnya, seharusnya penambahbaikan mesti di lakukan dengan kadar yang segera.
“Jurang antara IMPIAN dan REALITI di kenali sebagai TINDAKAN”
Contoh;
IMPIAN = Ingin memiliki tabungan berjumlah RM1,000,000 ketika bersara
REALITI = 90% rakyat Malaysia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan
TINDAKAN = ???? Krik krik krik (bunyi cengkerik)

Memetik perangkaan Bank Negara Malaysia yang di sampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia di Harian Metro, 47% belia Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. Lebih membimbangkan lebih separuh pencarum KWSP mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM200,000, dan ia tidak mencukupi untuk persaraan.
Dengan menanam azam semata tidak bermakna anda akan dapat capainya. Menurut kajian, lebih dari separuh individu masih tidak capai apa-apa perkembangan dalam azam yang mereka menjelang Jun. Jika anda ingin berjaya, anda harus belajar bagaimana untuk atasi cabaran yang boleh menyukarkan untuk capai matlamat kewangan anda.
Berikut adalah cara bagaimana anda mampu lakukan untuk capai matlamat kewangan anda
1️⃣ Menyedari bahawa capai matlamat itu sukar
Walaupun anda fikir bahawa capai matlamat kewangan itu hanyalah sebuah perkiraan matematik mudah, sedarilah ia sesuatu lebih kompleks dan memerlukan kesedaran yang tinggi
Menurut pakar psikologi, kebanyakan keputusan kewangan yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada emosi atau lebih tepat di kawal oleh emosi individu.
Otak kita akan cuba menjustifikasikan perbelanjaan tidak perlu yang bakal dan telah kita lakukan. Akhirnya, pengurusan kewangan kita menjadi teruk dan lebih parah jika ia tidak di betulkan dengan segera.
2️⃣ Kenalpasti dan fahami motivasi anda
Mengapa anda perl berubah? Untuk apa anda berubah?
Kenalpasti sasaran kewangan yang anda ingin capai dan rancang bagaimana untuk anda caainya. Bina poster yang besar dan tampal di tempat anda senang lihat, misalnya di pintu keluar rumah. Setiap kali anda melihatnya, ia akan mengingatkan anda tentang matlamat anda.
Denagn cara ini, ia dapat melatih minda separuh sedar anda yang akhirnya membina ‘pernyataan’ dan keyakinan dalam diri untuk capai apa yang kita sasarkan.
3️⃣ Sedikit demi sedikit
Jika sasaran anda terlalu besar, sukar untuk melihat kemajuan. Jika Sasaran anda adalah “stabil dari segi kewangan menjelang akhir tahun 2022”, ini adalah sebuah matlamat yang luas dan terlalu umum.
Anda tidak mempunyai sebarang penanda yang memberi isyarat apabila anda telah mencapai sesuatu atau penanda aras yang anda telah hampir dengan sasaran yang anda telah tetapkan.
Bina sasaran menggunakan kaedah SMART (Specific, Measurable, Attainable, Relevant, Time-Bound) atau dalam bahasa Melayu (Khusus, Boleh Diukur, Boleh Di capai, Relevan dan Terikat Dengan Masa)

Contoh sasaran yang salah
“Aku ingin menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik”
Persoalan
- Lebih baik yang bagaimana?
- Pengurusan kewangan yang bagaimana yang di kira baik?
- Bila nak capai? Esok? Minggu depan? Bulan depan?
Contoh sasaran yang betul
“Aku ingin mempunyai tabungan emas sekurang – kurangnya 12 gram dalam masa setahun”
Khusus = 12 gram dalam masa setahun
Boleh di ukur = 12 gram (jumlah), Setahun (masa)
Boleh di capai = 12 gram setahun atau 1gram sebulan adalah satu kos yang tidak besar jika anda bergaji RM3,000 sebulan. Lebih kurang 9% dari jumlah gaji anda (RM270/RM3,000)
Relevan = adakah sarasan yang di letak boleh di capai? Atau terlelau besar? Atau terlalu kecil? Anda tentutakan
Terikat Dengan Masa = Setahun
Baca: Teknik SMART
.
Dapat sesuatu?
.
Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
👉🏻🌐 home.emas4u.com