
NOTA 104
❇️❇️
SIMPAN EMAS BUAT APA?
Ini adalah kisah saya. Kisah yang biasa – biasa sahaja. Mungkin Kisah tuan/puan lebih hebat dari saya. Saya ceritakan pengalaman saya sebagai rujukan pada sahabat sekalian.
Saya mula bekerja pada sekitar tahun 2005. Dari tahun 2005 hingga ke tahun 2014, demi Allah saya rasakan sangat sukar hidup saya. Kais gaji bulan ini habis duitnya tak sampai hujung bulan, sudah menagih gaji bulan seterusnya.
Begitulah hidup saya dahulu. Sangat teruk saya rasakan. 8 tahun kerja tiada simpanan langsung. Habis semua di belanjakan. Boros gila! Bila di ingat kembali, duit selalunya di habiskan untuk makan-makan di luar, jalan ² sana sini.
Boleh dikatakan duit lesap untuk enjoy. Ya, dulu konsep hidup “kerja penat ², jadi hidup kena enjoy!” Bila kini di fikirkan balik, semua itu kerja gila. Sungguh gila.
Di takdirkan Allah, di perkenalkan edisi 1gram ‘Baby’ melalui isteri saya yang di belinya dari rakan sekolahnya. Harga 1gram ketika itu RM175. Harga pada ketika itu rasa sudah sangat mahal. Ye lah, barang ‘secoet’ sekecil itu RM175. Rasa macam ‘tak padan’

Harga emas ketika ini sekitar RM130 segram. Di sebabkan beli di atas tangan, di tambah dengan keuntungan penjual jadilah harga mahal sikit. Namun, ia masih lagi berbaloi lebih dari nilai RM yang di bayar
Pada mula membeli tak rasa apa-apa, sekadar tertarik dengan cara emas di pakejkan sebegitu rupa. Iya lah, dari kecil hingga dewasa yang saya kenal sebelum itu hanyalah emas perhiasan wanita seperti gelang, rantai leher dan subang. Belum pernah lagi melihat emas di letakkan di dalam kad.
Jika tuan/puan pernah ingat, di zaman sekolah dahulu sangat terkenal permainan kad superhero atau kenderaan tentera yang di letakkan statistik kekuatan kendereaan tersebut dan sebagainya.

Sejak dari itu, Syukur pada Allah kini saya mampu mempunyai simpanan tetap. Dan yang paling utama, simpanan saya lebih bertahan!
Ya, tidak di nafikan bahawa ada orang boleh disiplinkan diri untuk menyimpan duit dan ada orang yang tidak. Sifat asal duit itu adalah untuk di belanja dan di sebabkan itu ia punca kepada masalah saya. Jadi, dengan mengalihkan fokus dari menyimpan duit kepada menyimpan emas, Alhamdulillah amat ‘mujarab’ bagi saya.
Baca: Sifat duit yang wajib anda tahu
Sujud syukur pada Ya Rabb, bulan ini saya telah menjual sebahagian emas yang saya ada untuk di jadikan modal memiliki sebuah rumah pelaburan. Saya bayangkan, jika saya masih seperti sebelum tahun 2015, saya rasa saya tidak akan ada sejumlah wang ini untuk di jadikan deposit. Syukur Ya Allah 🤲🏻 dengan asbab emas saya mampu menyimpan.

Baca: Bagaimana emas dapat membantu anda?
Dari segi psikologi, saya alihkan fokus mental saya dari duit di habiskan pada perkara – perkara tidak perlu, saya fokus membeli dan menyimpan emas. Di tambah pula Public Gold mengeluarkan pelbagai edisi emas, lebih bertambah seronok menyimpan.
Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
👉🏻📞 011-70000171
👉🏻🌐 home.emas4u.com