KEPERCAYAAN YANG MENJERAT

NOTA 100 

❇️❇️

KEPERCAYAAN YANG MENJERAT

Optimis adalah sikap yang mencerminkan kepercayaan atau harapan bahawa hasil dari usaha tertentu, atau hasil secara umum, akan positif, baik, dan akan menghasilkan keputusan seperti yang diinginkan.

Sikap optimist seperti 

“Lihat kebaikan dalam semua perkara”

“Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada”

“Percaya tiada apa yang mustahil”

Sikap optimis ini adalah sangat baik untuk berjaya dalam apa jua yang kita impikan. Lebih – lebih lagi dalam membina kekuatan kewangan peribadi. Saya fikir kita perlukan dos yang mencukupi kita untuk terus fokus.

Tetapi terdapat dua jenis optimis

Satu jenis optimis didasarkan pada kenyataan dan satu lagi hanya bersandar pada FANTASI.

Optimis yang didasarkan pada fantasi mengatakan, 

“Tidak ada yang buruk akan terjadi pada aku dan semuanya akan baik – baik sahaja. Tidak perlu bimbang tentang wang.” 

Atau mungkin bentuk yang lebih berbahaya mengatakan, 

Aku tahu aku perlu melakukan sesuatu mengenai kewangan aku, tetapi nantilah aku buat”

Sudah tentu, nanti tinggal nanti dan tidak kunjung tiba. Sampai abang jamil….. “gol”

Optimism yang didasarkan pada KENYATAAN mengatakan, 

“Tidak dapat dielakkan bahawa akan ada satu masa aku akan menghadapi kesulitan dalam kewangan, tetapi aku boleh mengatasi kesukaran tersebut dengan mula ‘melabur’ dalam pendidikan dalam ilmu kewangan bermula hari ini”

Optimist seperti ini adalah dengan memperakui realiti / keadaan sebenar sambil mengambil langkah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Ringkasnya, optimis fantasi bergantung kepada kekuatan di luar kawalan anda untuk memastikan anda selamat. Optimisme realistik mempercayai kepintaran anda sendiri untuk memastikan anda selamat.

Menabung untuk hari yang sukar

Menyediakan tabungan kecemasan minima simpanan tunai 6 bulan gaji adalah sangat penting dalam meniti ketidaktentuan hari yang mendatang. Kita tidak akan Dapat tahu bila mana kita benar – benar memerlukan wang tatkala berlaku kecemasan.

Setelah mempunyai simpanan tunai secukupnya, selebihnya adalah baik untuk menukarkan ke dalam bentuk emas dan perak. Logam – logam ini adalah aset fizikal yang mudah di cairkan kepada tunai bila di perlukan. 

Adakah menyimpan emas dan perak lebih baik dari tunai? Baca di sini

Menabung wang sahaj cukup ke?

Menabung bukanlah satu – satunya cara untuk capai matlamat bersara yang selesa. Ianya hanyalah sebahagian daripada strategi kewangan yang mampan. Sebaliknya anda perlu bijak untuk terus mengatur dan mengembangkan aset anda yang sedia ada.

Bilamana mentor kewangan Robert Kiyosaki berkata, menyimpan adalah perbuatan yang merugikan (savers are losers), beliau maksudkan kepada mereka yang hanya hanya bergantung harap dengan simpanan semata – mata untuk dapatkan masa depan kewangan yang selamat.

Menyimpan wang semata untuk persaraan adalah cara lama bilamana kita tidak mengambil kira faktor wang tersebut telah berubah sifatnya. Kita hidup di dalam ekonomi inflasi yang mana mata wang kehilangan nilainya jika ia hanya tersimpan dan tidak di laburkan. 

.

Dapat sesuatu?

.

Nak mulakan simpanan emas dengan betul dan mudah? Hubungi saya

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/ 

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini

Bersediakah kita?