NOTA 101
❇️❇️
SIMPANAN ATAU HADIAH EMAS?
Bila sebut tentang jongkong emas atau goldbar ramai akan cerita bab simpanan dan pelaburan. Secara asasnya memang betul. Ada pelbagai saiz dan berat goldbar untuk dijadikan simpanan, pelaburan dan koleksi.
Bila sebut tentang barang kemas pula, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan atau pelaburan. Fungsi utama barang kemas adalah sebagai barang perhiasan kepada wanita, sama seperti taas tangan berjenama Gucci, Hermes dan sebagainya, Nak berhias cantik sememangnya kena beli barang kemas, sebab goldbar atau dinar tak sesuai. Macam mana nak pakai? 😆
Faktor upah tukang dan susut nilai yang tinggi menyebabkan keuntungan yang minimum bila barang kemas dijual balik nanti. Pemilik barang kemas perlu tunggu lebih lama dan kuantiti gram yang banyak untuk dapat keuntungan yang maksimum.
Begitu juga dengan goldbar, tidak semua goldbar sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan. Goldbar yang berat kurang dari 1 gram lebih sesuai untuk dibuat koleksi atau hadiah sahaja.
Seperti goldbar 0.5gram terbaru Public Gold ini, ketebalan emasnya hanyalah 0.25mm dan sebesar 8.5 mm x 15mm sahaja. Halus dan nipis. Proses pembuatannya sedikit rumit. Nak buat kepingan ‘kertas’ nipis – nipis ni rumit.
Untuk menghasilkan goldbar yang berkualiti baik diantara 5 gram sekeping lebih senang berbanding menghasilkan goldbar 10 keping 0.5 gram (berat sama 5 gram).
Oleh sebab itu premium untuk 0.5 gram agak tinggi berbanding goldbar yang lebih besar. Makin kecil goldbar makin tinggi premium per gram.
Pilihlah emas yang sesuai untuk setiap tujuan kita beli emas, elakkan dari tersilap beli emas yang salah. Emas tak pernah salah, kita yang salah tiada ilmu tentang emas.
Rujuklah orang yang lebih arif tentang emas, jangan tanya tauke kedai emas nanti habis duit kita dibuatnya beli emas. Malu bertanya sesat jalan.
Sifu kewangan saya pesan; “never ask a barber if you need a haircut”, kita perlu bersiap sedia dengan ilmu emas sebelum mula simpan emas.
Carilah ilmu asas tentang emas sebelum bermula, simpan 1 gram pertama untuk ambil pengalaman. Bila dah yakin boleh teruskan dengan gram yang seterusnya.
.
Nak mulakan simpanan emas dengan betul dan mudah? Hubungi saya
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini