SAMPAI BILA HENDAK KENA TIPU?

NOTA 099 

❇️❇️

SAMPAI BILA HENDAK KENA TIPU?

.

Bila kita buat sesuatu yang baru, ilmu adalah asas terpenting untuk bimbing kita untuk buat sesuatu perkara secara betul dan selamat.

Pernah tak kita lihat orang lain buat sesuatu, dan kita merasakan perkara yang dia buat itu senang dan kita yakin kita pun boleh lakukan perkara yang sama? Melihat orang buat dengan buat sendiri adalah dua perkara yang berbeza.

Kita tidak boleh terus pandai dengan hanya meniru apa yang orang lain buat. 

Kita tidak boleh terus pandai dalam sesuatu bidang dalam satu malam, ilmu teori yang kita belajar perlu diamalkan untuk dapatkan pengalaman. Bila dah ada pengalaman, kita mudah untuk ingat apa yang kita dah belajar.

Ilmu kita boleh dapat melalui dua kaedah, belajar sendiri dan belajar dari pengalaman orang lain. Orang yang bijak akan belajar dari pengalaman orang.

Bila orang lain buat silap, jadikannya sebagai pengajaran atau peringatan untuk kita tidak ulang kesilapan yang sama.

Begitulah juga keadaan bila dengar orang yang kena tipu dengan emas, bukan salah emas tapi salah orang itu belum ada ilmu yang betul tentang emas.

Amat menyedihkan apabila mangsa terpaksa membayar yuran ‘kepandaian’ sebanyak RM120,000 untuk kenal emas. Takziah saya ucapkan kepada semua mangsa.

Jika kita tengok sejarah – sejarah yang lampau, ini bukanlah kes yang pertama dan saya yakin ini bukan yang terakhir. Kenapa? Jerat tidak pernah lupakan pelanduk, tetapi pelanduk akan selalu lupakan jerat. 

Manusia tamak akan sentiasa ada; dan penipu-penipu di luar sana akan senantiasa mencari ruang dan peluang bagaimana hendak dapatkan keuntungan.

Emas tidak bersalah, ramai penyimpan dan pelabur emas yang berilmu dapat untung walaupun simpan satu gram. Untung sebenar emas bukan pada modal yang banyak tapi ilmu yang kita ada, semakin banyak ilmu semakin banyak kita boleh buat untung. 

Paling tidak bila kita ada ilmu, kita tidak mudah kena tipu dengan scammer. Guru saya pesan; biar rugi peluang daripada rugi duit. Pedih!

Semoga perkongsian ini memberikan kesedaran dan peringatan pada semua pada masa akan datang. Insyaallah.

.

Nak mulakan simpanan emas dengan betul dan mudah? Hubungi saya

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/ 

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini