NOTA 098
❇️❇️
KAYA & BERJAYA BERMULA DARI AWAL
.
Ramai yang suka ‘shortcut’. Dalam semua hal mereka mahukan jalan pintas. Sedarlah teman, tiada sesuatu yang mudah. Lumrah alam semuanya bermula dari kecil. Kita di lahirkan sebagai bayi – kosong tanpa apa-apa. Belum ada lagi yang lahir terus dewasa dari perut ibu!
Usah bercerita soal pelaburan berjuta-juta jika tidak mampu memulakan simpanan. Usah sembang nak ada duit RM1juta jika duit RM100 pun tak pandai urus
Orang yang tidak mampu membuat SIMPANAN dengan baik, tidak akan mampu membuat PELABURAN dengan baik. Orang yang tidak mampu uruskan duit yang sedikit tidak akan mampu uruskan yang banyak.
Ibarat menunggang motosikal dan menunggang basikal.
Orang yang tidak biasa menunggang basikal, tentu lebih sukar untuk menunggang motosikal berbanding dengan orang yang sudah biasa menunggang basikal.
Menaiki motosikal lebih cepat sampai berbanding menaiki basikal, namun ia mempunyai keperluan kemahiran, kos dan pengurusan yang lebih tinggi berbanding menaiki basikal. Menunggang basikal tidak perlukan lesen memandu, tiada kos penyelenggaraan, tidak perlu kemahiran yang tinggi berbanding menaiki motosikal.
Begitu juga dengan pelaburan.
Pelaburan menjanjikan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan. Sebagai contoh, Akaun simpanan di bank hanya memberikan purata pulangan 1-2% setahun berbanding pelaburan di mana ‘langit’ adalah had paling atas – tiada limit!
Dan oleh kerana itu, melabur adalah lebih sukar dan susah berbanding memulakan langkah untuk menyimpan. Pelaburan perlukan ilmu yang betul, kemahiran dan pemahanan yang baik dan juga ada kos dan risiko yang perlu di pertimbangkan. Sebaliknya, untuk memulakan simpanan cukup mudah.
Untuk menjadi pelabur yang berjaya, perlu ada sifat displin yang tinggi dan sifat ini boleh di latih dengan memulakan dan menguruskan simpanan dengan baik.
Orang yang tidak ada tabiat menyimpan yang baik akan mudah terpengaruh dengan skim-skim mengarut yang akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam neraka kewangan.
Umpama orang yang tidak pernah menunggang basikal, tiba-tiba hendak terus menunggang motosikal masuk lebuhraya yang sibuk. Akibatnya? Anda boleh banyangkan.
Menyimpan merupakan asas dalam pengurusan kewangan. Andai nak simpan RM100 sebulan pun tidak boleh, usah bicara soal pelaburan berjuta-juta.
Belajar untuk uruskan wang yang sedikit sebelum berangan untuk uruskan wang yang banyak. Untuk menjadi kaya adalah satu perkara, untuk kekal kaya dan berjaya itu satu perkara yang lain. Mula dari awal, sebelum terlambat.
Nak mulakan simpanan emas pertama anda? Hubungi saya
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini