MUSIM KRISIS COVID APA PERLU BUAT?

NOTA 084

❇️❇️

MUSIM KRISIS COVID APA PERLU BUAT?

.

Wabak covid yang melanda semenjak awal tahun 2020 belum nampak akan reda dalam masa terdekat ini. Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelan pemulihan negara yang merangkumi 4 fasa.

Fasa pemulihan negara

Selaku warga negara yang bertanggungjawab, kita harus memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan yang telah di tetapkan. 

Namun, melihat kepada statistik harian pesakit Covid-19, peralihan daripada fasa ke fasa seterusnya mungkin memerlukan lebih banyak masa daripada apa yang di jangkakan.

Kemelesetan ekonomi adalah di antara situasi yang amat dibimbangi. Banyak sektor ekonomi yang terjejas dan ramai yang terkesan sehingga ada yang di berhentikan kerja, gaji dipotong malah banyak perniagaan terpaksa ditutup.

Antara perkara yang perlu di ambil perhatian dalam menghadapi krisis ini adalah membuat perancangan yang strategik dan lebih efektif dalam mengharungi cabaran kewangan yang lebih mencabar.

Berikut adalah antara perancangan dan tindakan yang boleh di ambil sebagai langkah penambahbaikan 

1️⃣ Kaji semula bajet

Kaji semula semua perbelanjaan bulanan sedia ada. Antara perkara yang boleh membantu membaiki bajet anda adalah

1. Hapuskan hutang jahat 

Hutang kad kredit misalnya mengenakan kadar faedah yang amat tinggi iaitu 18% setahun. Sebilangan besar kad kredit akan mengenakan bayaran faedah berdasarkan kiraan hari. 

Ini bermakna ia akan menggandakan baki harian purata setiap hari dengan kadar berkala harian akaun, dan kemudian menambahkan jumlah itu ke baki harian purata hari berikutnya. 

Pendek kata, hutang anda ‘beranak’ setiap hari jika anda lewat bayar

2. Kurang atau hapuskan perbelanjaan tidak perlu (kehendak)

Utamakan perbelanjaan keperluan berbanding kehendak. Jika anda bercita-cita untuk memiliki kereta baharu, tangguhkan dahulu.

2️⃣ Ubah gaya hidup

Antara perkara mudah yang boleh di lakukan adalah dengan menukar jenama barang dapur yang lebih mampu milik

Jika sebelum ini anda menggunakan beras import misalnya, mungkin boleh bertukar kepada beras tempatan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dapur

Langkah – langkah di atas sedikit sebanyak akan membaiki kadar aliran wang anda. Orang kata ‘cash is king’ namun kada aliran tunai atau ‘cash flow is an emperor’

3️⃣ Tambah tabung kecemasan

Apabila langkah 1 dan 2 dapat memperbaiki kadar aliran wang tunai, anda akan mempunyai lebihan wang yang lebih banyak. JANGAN tambah perbelanjaan baharu tetapi tambah tabungan kecemasan anda.

Perkara yang paling penting adalah memastikan anda mempunyai wang kecemasan sekiranya berlaku situasi tidak terduga seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Laburkan sedikit wang untuk takaful diri dan keluarga, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. 

Baca: Ketahui bagaimana anda dapat menyediakan perlindungan pendapatan pada diri dan keluarga anda ketika musibah melanda

4️⃣ Tambah ilmu pengurusan kewangan

Menguruskan kewangan peribadi bukan semudah yang di sangka. Tanpa ilmu yang betul akan mungkin akan kehilangan kesemua pendapatan dan simpanan anda dalam sekelip mata.

Di waktu kesempitan, jangan sesekali melabur untuk dapat keuntungan pantas. Ambil masa untuk faham tentang pelaburan yang anda ingi ceburi. 

Kaji baik dan buruk langkah yang bakal anda ambil. Rujuk pihak ketiga yang lebih arif untuk dapatkan pandangan mereka. Pelaburang adalah langkah strategik yang harus di teliti dengan lebih mendalam dan ia semestinya bukan skim cepat kaya

.

Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini

klik banner untuk maklumat lanjut