NOTA 080
❇️❇️
BELI & TUNGGU ATAU TUNGGU & BELI
.
Menyimpan duit adalah sesuatu yang cukup mudah bagi sesetengah orang. Namun bila tiba topik simpan emas, ia boleh menjadi suatu topik yang rumit. Pelbagai soalan yang timbul
Bila masa terbaik untuk beli emas?
Bila boleh untung dengan beli emas?
….. dan sebagainya
Duit atau wang tunai telah lama sebati dalam kehidupan kita. Maka ia lebih mudah nak berurusan. Namun jika anda mencari suatu alternatif lain untuk merawat ‘poket bocor’, kemungkinan besar anda akan mengenali emas.
Kerumitan yang timbul sebenarnya adalah tanda kita ambil berat. Ia adalah sesuatu yang baik. Bila kita sudah jelas tentang sesuatu yang baru kita nak terlibat, ia akan lebih mudah kelak.
Soalan paling utama yang hendak di jawab pada mereka yang hendak bermula menyimpan emas adalah, beli dan tunggu atau tunggu dan beli?
1️⃣ Usah di fikirkan sangat bila hendak beli dan jual
Belum pun beli emas, dah fikir bila hendak jual. Bagus tu, 100 langkah ke hadapan.
Namun, adalah lebih baik tentukan posisi kita dahulu di dalam pelaburan emas ini.
Mulakan dahulu dengan menjadi seorang penyimpan emas (pelabur jangkamasa panjang). Miliki 1gram emas pertama anda dan rasakan ‘auranya’. Tambah ilmu emas iaitu tahu bagaimana emas dapat membantu ada dalam pengurusan wang peribadi.
Selain itu, ilmu seperti bagaimana harga emas di tentukan, apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas dan sebagainya adalah penting jika hendak mula serius dalam pelaburan emas (pelabur jangkamasa pendek). Keupayaan modal juga perlu di nilai kerana ia melibatkan gram yang besar.
2️⃣ Konsisten untuk pemurataan harga
Jika anda menyimpan untuk jangkamasa sederhana dan panjang, konsisten adalah Kunci kepada kejayaan pelaburn anda. Dengan konsisten menyimpan, anda akan memuratakan kos pemilikan gram anda.
Ini adalah kerana harga emas akan naik dan turun dalam jangkamasa pendek. Pemurataan harga adalah satu teknik asas yang boleh membantu untuk dapatkan pulangan yang maksimum.
3️⃣ Jika tak mula, bila nak sampai ke garisan penamat
Pelaburan emas di ibaratkan sebuah larian marathon. Jika tidak mula berlari, bila hendak sampai ke garisan penamat. Maraton merukan larian yang panjang. Untuk menang, selalin perlu konsisten, anda juga perlu fokus.
Apakah matlamat simpanan anda? Tentukan matlamat yang hendak anda capai. Itu lah garisan penamatnya. Menyimpan untuk perkahwinan? Pendidikan? Atau untuk persaraan?
4️⃣ Emas perlukan masa
Emas adalah pelaburan yang perlahan. “Slow and steady”. Namun pulangan yang di beri untuk jangka masa panjang adalah lebih berbaloi daripada menyimpan tunai
Menurut data tangkap layar di www.goldprice.org di atas, keuntungan emas setakat hari ini dalam masa 1 tahun adalah 7.69%, 5 tahun adalah 54.31% (purata 10.86%) dan 20 tahun 670% (33.55%). Wah! Ini sangant berbaloi!
Pelaburan emas bukan seperti saham. Beli hari ini, esok boleh jual untuk kaut untung. Jika keuntungan jangkamasa pendek yang anda cari, pelaburan saham adalah lebih baik. Namun perlu anda ketahui, anda perlukan ilmu yang tinggi untuk melabur saham.
Pelaburan emas adalah lebih mudah berbanding saham. Beli, simpan dan tunggu. Bila harga atau matlamat anda tercapai, jual simpanan emas tadi. Keuntungan emas anda kecapi bilamana anda menjual emas tersebut.
.
Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini