HUTANG: TAK SEMUA ADALAH SAMA

NOTA 081

❇️❇️

HUTANG: TAK SEMUA ADALAH SAMA

.

Guru kewangan saya ada menyebut, tak semua hutang adalah sama. Dahulu, apabila saya pertama kali mendengarnya saya tidak percaya

“Apa tak samanya. Hutang adalah hutang. Semua hutang wajib di bayar”

Apabila terus mendengar dan memahaminya, barulah jelas mengapa ramai pakar kewangan mengatakan tidak kesemua hutang adalah sama.

 Ada orang bertanya;

“Patutkan dia jual emas simpanan dia, lepas tu duit tu digunakan untuk langsaikan hutang?”

Soalan-soalan ini boleh jadi SENANG untuk dijawab dan boleh jadi SUSAH untuk dijawab.

Sebelum anda bertanya pada orang lain, tanya pada diri anda terlebih dahulu

Apakah keutamaan anda ketika ini?

Keutamaan ini ibarat kiblat. 

Ia akan menentukan tindakan paling sesuai, terbaik dan munasabah untuk anda ambil.

Sebagai contoh.

Jika anda sudah berkeluarga, berusia atas 30 tahun dan hidup menyewa. Anda mula berkira-kira nak beli kereta yang lebih selesa untuk keluarga atau nak beli rumah?

Maka seeloknya keutamaan anda ialah memiliki rumah. Fokus untuk beli rumah dan lupakan dahulu kereta baharu anda. Pakai sahaja apa yang ada dahulu.

Jika anda sudah memiliki rumah dan keutamaan anda ialah untuk bebas hutang, maka jualah emas tersebut dan langsaikan hutang. Walaupun anda dah tiada simpanan, namun anda dah bebas hutang. Itu priority anda bukan?

Namun sebaiknya janganlah habiskan kesemua hutang tersebut. Anda perlu fikir perkara-perkara yang tidak dijangka. Mengumpul dana bukanlah mudah. Sebaik-baiknya jangan di usik dana kecemasan anda.

Setelah anda bebas hutang, aliran tunai anda akan bertambah baik. Jangan pula tambah hutang baharu. Guna lebihan tunai tadi untuk mulakan semula tabungan emas anda.

Dengan kata lain tindakan anda bergantung kepada keutamaan anda.

Sebab itulah, bila keutamaan anda berubah, maka tindakan anda akan berubah. keutamaan anda banyak bergantung kepada situasi. 

Sekiranya anda tidak ada keutamaan, maka anda akan susah buat keputusan. Anda sukar ambil tindakan. Anda rasa ragu-ragu.

Itulah masalah utama untuk orang yang tidak ada keutamaan.

Bagi menentukan keutamaan anda, perkara paling mustahak adalah anda berfikiran ‘waras’. Buat penilaian apakah baik dan buruk kesan daripadan tindakan anda seterusnya. 

Perlu di ingat, tidak semua hutang adalah sama. Hutang baik seperti hutang ASBF. Dengan membuat pinjaman ASB, anda dapat memaksimakan pulangan pelaburan ASB anda mengikut jumlah sijil. Selagi mana ia menghasilkan nilai positif, ia adalah hutang baik.

Hutang jahat pula adalah seperti hutang kad kredit untuk membeli perkara kehendak bukan keperluan. Jika mampu bayar tidak mengapa. Masalah besar timbul bila tidak mampu bayar dan anda mula di kenakan faedah setinggi 18%!! 

Jadi, sekiranya anda rasa ragu-ragu dengan perancangan kewangan anda, jawapannya senang sahaja:

Tetapkan keutamaan anda.

Insya Allah lepas tu anda senang buat keputusan

.

Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini

Apakah keutamaan anda? Kesihatan atau kebendaan?