
NOTA 073
❇️❇️
KENALI JENIS HUTANG DAN MULA AMBIL TINDAKAN
Di dalam dunia kewangan pada hari ini, banyak terma baharu yang di guna pakai dan seharusnya kita ambil tahu apakah maksud di sebaliknya dan bagaimana ia berfungsi. Ini adalah sebahagian pendidikan kewangan harus ada dalam usaha untuk ke arah celik kewangan.
Misalnya, ramai masih ragu apakah perbezaan di antara pembiayaan dan pinjaman. Bunyi macam sama tetapi tidak serupa. Seumpama ayam yang di Jual di pasar, kesemuanya ‘ayam’, namun yang membezakan ayam-ayam tersebut bagaimana ia di uruskan – disembelih. Ia menentukan halal atau haram daging tersebut untuk di makan.
Begitu juga dengan hutang. Tidak semua hutang itu adalah jahat atau tidak baik. Pada masakini, hampir mustahil untuk kita tidak berhutang. Ini adalah kerana ada banyak perkara keperluan (bukan kehendak) berharga lebih daripada kemampuan.
Misalnya, membeli rumah atau mendapatkan pendidikan tinggi untung menjadi pakar perubatan. Sebuah rumah ‘landed’ di pinggir bandar Johor Bahru adalah sekitar RM250,000 dan keatas.

Bagi anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Universiti tempatan, selain daripada mempunyai kelulusan yang cemerlang, kos pendidikannya yang perlu di keluarkan adalah sekitar RM300,000 untuk Universiti tempatan dan lebih RM500,000 untuk Universiti antarabangsa. Itu baru sahaja Sarjana Muda Perubatan. Apakah mula kos untuk mengambil Sarjana bagi menjadi seorang pakar? Biasiswa? (Kalau dapat lah. Tahukah anda persaingan untuk mendapatkan tempat adalah sengit?)
Jadi, apakah solusinya? Menabung dari sekarang dan menggunakan hutang sebagai instrumen yang memberikan manfaat kepada ada. Namun sebelum berhutang, kenali apakah ciri-ciri hutang baik dan hutang jahat.
Kita membezakan kedua hutang ini melalui 3 spektrum yang utama.

Pengurusan hutang amat penting kerana hutang adalah instrumen orang kaya dan berjaya pakai untuk menambah kekayaan mereka. Cari mentor / guru yang boleh membimbing anda supaya instrumen ini boleh memberikan kelebihan buat anda
.
Dapat sesuatu?
.
Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
