MENABUNG GAYA BESTARI

 NOTA 072

❇️❇️

MENABUNG GAYA BESTARI

Umum mengatahui, kita memerlukan duit untuk urusan harian, samada untuk makanan, pakaian, kenderaan atau sebagainya. Duit bukanlah segalanya, namun hampir kesemua perkara memerlukan duit. 

Budaya menabung telah menjadi satu mata pelajaran di rumah yang di terapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka dari dulu lagi. Menurut kaijian, lebih 65% ibabapa generasi millennial meneruskan tradisi membudayakan menabung.

Wabak penularan Covid-19 telah mempercepatkan perkembangan teknologi di atas talian. Setiap perniagaan perlu memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka di atas talian untuk terus kekal relevan

Dari satu sudut ia merupakan perkembangan yang positif bagi peniaga, namun dari satu sudut yang lain ia mendedahkan pengguna kepada kebocoran wang terutamanya bagi mereka yang tidak ‘kental’.

Dengan itu, suka saya kongsikan kepada rakan pembaca 2 tips mudah yang saya pelajari dan Alhamdulillah ia telah banyak membantu saya untuk kekal istiqomah / konsisten dalam membuat tabungan 

1️⃣ Tabung tunai bagi jangkamasa pendek

Pakar perancangan kewangan mencadangkan supaya kita menyediakan tabung kecemasan tunai sekurang – kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji. Tabungan ini adalah untuk persediaan perkara – perkara yang tak terduga yang mungkin berlaku pada diri kita

Sebagai contoh, kehilangan punca pendapatan. Wabak Covid-19 yang melanda telah mengakibatkan ramai individu kehilangan pekerjaan. Dengan adanya tabung kecemasan ini, kita lebih bersedia dan mampu bertahan sementara mendapat pekerjaan yang baharu

Adakalanya kita perlukan wang tunai segera bagi membaiki kenderaan yang rosak. Tayar pecah, enjin rosak dan sebagainya boleh menggangu perjalanan harian kita. Lebih – lebih lagi jika kita hanya ada 1 kenderaan sahaja. 

Sakit adalah suatu rasa yang tidak boleh di tahan – tahan. Ia perlu mendapatkan perhatian segera. Dengan kos perubatan yang saban tahun meningkat, kita perlu bersedia. Ya, semua perubatan boleh di dapati di hospital awam. Namun, dengan jumlah pesakit yang ramai berbanding kemudahan yang terhad, boleh kah kita menunggu untuk dapatkan rawatan?

Mempunyai ‘medical card’ adalah penting untung perlindungan perubatan. Tahukah anda, kos saraan selepas rawatan juga amat penting lebih-lebih lagi jika anda sudah tidak mampu lagi untuk bekerja dan menyara keluarga.  

Baca: Pelan perlindungan pendapatan & pelan perlindungan sakit kritikal yang boleh meringankan beban anda

2️⃣ Tabung emas bagi jangkamasa sederhana dan panjang

Jika dahulu emas hanya di kenali sebagai perhiasan wanita sahaja, kini tidak lagi. Semejak 2008 Public Gold mirintis pasaran emas pelburan dengan pelbagai inovatif bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menabung emas

Emas amat sesuai untuk di jadikan medium simpanan untuk jangkamasa sederhana dan panjang. ini adalah kerana emas lebih bertahan jika di jadikan simpanan berbanding tunai. ‘Aura’ nya membantu penyimpannya untuk terus konsisten menabung.

Bagi mereka yang alami masalah duit bocor, menyimpan emas adalah satu kaedah yang boleh merawat masalah boros dengan baik.

Harga emas dalam Ringgit Malaysia

Selain itu, Harga emas secara relatifnya meningkat saban tahun. Maka dengan itu bukan sahaja tunai dapat di selamatkan malah penyimpannya dapat menikmati keuntungan melalui kenaikan nilai (capital appreciation). Jadi ia amat sesuai sebagai tabungan jangkamasa sederhana dan panjang untuk tabung pendidikan, persaraan dan sebagainya 

Melalui akaun emas GAP, penyimpan emas boleh memiliki emas 24 jam sehari dan 365 hari setahun tanpa gangguan. Ini amat memudahkan urusan tanpa perlu ke bank/kedai secara fizikal untuk memiliki emas

Baca: Akaun emas GAP

Emas yang di simpan di dalam akaun emas GAP adalah emas yang di sokong oleh emas fizikal dan ia  boleh di keluarkan melalui arahan atas talian dan di pos berinsurans terus ke rumah anda. Dua kali mudah! 

Jika anda belum lagi mencuba menabung emas, saya sarankan cuba dahulu 1 gram emas fizikal di tangan dan anda rasakan ‘auranya’. Saya 100% yakin tabungan anda akan bertahan dan bertambah kerana saya telah mengalaminya.

.

Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

.

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

error: Content is protected !!