NOTA 071
❇️❇️
KRETERIA SKIM CEPAT KAYA EMAS
Jika anda soroti sejarah pada tahun 2013-2016, anda akan temui pelbagai skim emas yang sudah terkubur. Peristiwa itu telah mengakibatkan ramai yang kehilangan wang ringgit, duit simpanan, duit pencen dan sebagainya.
Skim emas tertangguh “ETA” (Estimated Time Arrival) atau stok tertangguh (delay stok) seperti Darul Emas Perak (DEP), Khazanah Bangsa, Arba dan bermacam nama lagi pernah suatu ketika dahulu menggemparkan negara.
Ia tidak terhenti di situ, malah sehingga kini skim ‘penipu’ ini terus muncul. Konsep yang sama cuba berlainan nama. Jutaan wang ringgit hangus kerana sikap tamak ingin cepat kaya dan akhirnya terpedaya dan tertipu
Bagi anda yang masih baru di dalam dunia pelaburan emas, berikut adalah 4 ciri – ciri utama bagaimana anda boleh mengenali skim cepat kaya (baca: skim cepat miskin)
1️⃣ Pelaburan tanpa risiko
Anda di janjikan bulan dan bintang bahawa pelaburan tersebut adalah TANPA RISIKO. Boleh katakan ‘confirm’ untung lah. Jika anda dengar perkataan ‘confirm untung’, mohon cepat-cepat lari jauhkan diri.
Ini adalah kerana, asas utama di dalam pelaburan adalah ‘rugi itu pasti, untung itu belum tentu’
Di dalam apa jua jenis pelaburan, mendapat kerugian itu hampir pasti. Setiap pelaburan terdedah kepada risiko dan pengurusan risiko adalah kunci kepada kejayaan di dalam sesuatu pelaburan.
Maka menjadi tanggungjawab anda untuk kenal pasti apakah risiko yang terlibat di dalam pelaburan tersebut. Banding dan nilaikan tahap risiko tersebut dengan tahap tolerasi anda. Sejauh manakah anda mampu untuk mengawal risiko tersebut.
Di dalam pelaburan emas, harga emas bergantung kepada pasaran emas dunia. Harge emas naik dan turun dalam jangkamasa pendek. Oleh yang demikian, pilih posisi pelaburan anda yang betul sebelum bermula
2️⃣ Menjanjikan untung berganda
Skim cepat kaya sentiasa menjanjikan keuntungan yang ‘tak masuk akal’ bagi menarik individu untuk melabur. Keuntungan 70% – 100% setahun adalah sesuatu yang luar biasa. Pakar pelaburan antarabangsa Warren Buffet dan George Soros pun ‘hanya’ berik pulangan sekitar 20-30% setahun.
Jika ada pengendali pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tinggi sebegitu rupa, sudah semestinya pelabur terbesar mereka adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kerana mereka ini lah yang mempunyai wang modal berbilion ringgit untuk pelaburan
Hakikatnya, mereka yang menjanjikan keuntungan sebegini hanyalah indah khabar dari rupa. orang kata ‘berbual air liur, mana ada keluar modal’. Semuanya sembang kosong.
3️⃣ Mempamerkan kemewahan
Mereka yang mempromosi skim cepat kaya ini kebiasaannya suka mempamerkan kemewahan mereka. Itu lah modal ‘pancing’ mereka supaya orang ramai tertarik dengan ‘pulangan’ yang mereka dapat.
Kereta mewah, wang ringgit yang berkepok-kepok, jam tangan ekslusif dan pelbagai barang berjenama lain di tonjolkan menjadi umpan. Jangan mudah tertipu kerana itu semuanya adalah ‘wayang’.
Jika anda seorang pelabur, fokus kepada pelaburan anda. Jika pelaburan emas, fokus apakah kebaikan emas yang boleh memberikan manfaat kepada anda. Bagaimanakah emas dapat membantu anda untuk berjaya?
4️⃣ Mementingkan pencarian ahli
‘Head hunting’ itu membawa maksud sesuatu perniagaan itu bergantung kepada meng’rekrut’ ahli baharu. Perniagaan mereka lebih fokus dalam pencarian ahli baru. Ini adalah kerana lebih ramai ahli yang menjadi ‘kaki’, maka anda akan lebih cepat ‘kaya’.
Yuran kemasukan ahli baru akan di gunakan untuk membayar bonus ‘upline’. Skim cepat kaya sebegini tidak fokus kepada kebaikan produk yang mereka tawarkan.
Pelaburan adalah sentiasa berkisarkan kepada produk, produk dan produk. Bukan kepada manusia.
.
Sebagai langkah berjaga – jaga tambahan, mulakan menyemak di laman web Bank Negara Malaysia (BNM). Adakah syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut termasuk di dalam senarai waspada BNM. Beringat sebelum kena. Lakukan ‘due diligence’ anda sendiri.
Anda boleh menyemaknya sendiri di pautan berikut
✅ https://www.bnm.gov.my/-/financial-consumer-alert-list-of-unauthorised-companies-and-websites-has-been-updated.-45
Senarainya di kemaskini senantiasa bagi memastikan maklumat tepat di salurkan kepada anda
.
Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful