NOTA 064
❇️❇️
UBAH SIKAP UNTUK JADI KAYA & BERJAYA
Dalam psikologi, sikap merujuk pada emosi, kepercayaan, dan tingkah laku terhadap objek, orang, benda, atau peristiwa tertentu
Pembentukan sikap kebanyakkannya adalah kesan daripada faktor luaran samaada secara sedar atau tidak. Faktor ini telah mencorak dan membina kita hari ini samada menjadi seorang yang biasa-biasa atau luar biasa.
Ramai orang yang ingin menjadi kaya dan berjaya, tetapi malangnya sikap yang di zahirkan tidak selari dengan apa yang di hajati. Sebagai contoh, ramai yang ingin capai bebas kewangan, mempunyai tabung persaraan yang selesa, mempunyai aset yang menjana pendapatan dan sebagainya
Namun sayang sekali sikapnya yang boros, tidak pandai membezakan antara keperluan dan kehendak; membuktikan bahawa perbuatan yang di lakukan bertententangan dengan apa yang di impikan
Sikap individu dalam kewangan juga adalah kesan dari didikan yang di terima secara formal dan tidak formal. Di antara faktor – faktor yang menyumbang kepada pembentukan sikap adalah
1️⃣ Pengalaman
Sikap terbentuk secara langsung sebagai hasil pengalaman. Ia mungkin muncul disebabkan oleh pengalaman peribadi secara langsung, atau mungkin disebabkan oleh pemerhatian.
Pengurusan kewangan bukanlah sebahagian silibus yang di ajar di bangku sekolah. Ada sebahagian individu hanya mendapat pendidikan kewangan “sebenar” ketika bermula melangkah ke alam pekerjaan.
Tanpa ilmu yang betul, seseorang individu itu boleh terjerumus ke dalam neraka wang (bankrap). Di zaman serba moden kini, maklumat boleh di dapati di hujung jari. Ibubapa mula mempunyai kesedaran untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan ini
2️⃣ Norma Setempat
Norma sosial boleh mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sikap. Peranan sosial berkaitan dengan bagaimana orang diharapkan berkelakuan dalam peranan atau konteks tertentu.
Jika anda berada di bandar – bandar besar seperti Kuala Lumpur, kemungkinan besar polar perbelanjaan anda di pengaruhi oleh norma sosial setempat. Dengan kehadiran pusat membeli belah yang begitu moden dan cantik, ia boleh mencorakkan bagaimana anda berbelanja
Lepak santai di kafe hipster atau membeli belah di butik berjenama menjadi tren ikutan anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Ini boleh menjadi sebahagian punca rosaknya aliran tunai menjadi perbelanjaan yang tidak perlu
3️⃣ Persekitaran
Tidak di nafikan kemajuan teknologi terkini membantu dalam memudahkan urusan manusia. Namun kita perlu belajar bagaimana untuk menepis faktor negatif yang datang bersama manfaat yang kita kecapi.
Iklan-iklan produk terkini dan canggih terpapar di muka buku, akhbar dan majalah mendedahkan kita kepada risiko berbelanja kepada perkara kehendak bukan keperluan.
4️⃣ Keluarga
Pembelajaran bermula dari rumah. Mentor kewangan tersohor Robert Kiyosaki menceritakan di dalam bukunya “Poor Dad Rich Dad” bahawa pengaruh kedua ayahnya amat memberikan kesan di dalam kejayaannya hari ini. Corak pemikiran (mindset) mereka yang berbeza telah mendidik kejayaan Robert Kiyosaki hari ini
Antara petikan kata-kata yang memberikan kesan dari penulisan beliau adalah
Poor Dad – “Bila berurusan dengan wang, uruskan dengan selamat dan jangan mengambil risiko”
Rich Dad – “Bila berurusan dengan wang, belajar uruskan risiko dengan baik”
Sikap individu yang kaya berjaya paling mudah tetapi paling sukar nak buat adalah menabung. Kajian Bank Negara menunjukkan lebih 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan
Mempunyai pekerjaan berjawatan tetap tidak bermakna ia adalah satu jaminan keselamatan yang memberi lesen untuk tidak menabung
Penularan wabak Covid-19 telah memberikan kita 1001 pengajaran. Langit tidak selalunya cerah. Menurut laporawan Awani, lebih 100,000 individu kehilangan punca pendapatan akibat penularan wabak
Berita ini sepatutnya telah menyedarkan kita dari tidur yang lena tentang kepentingan untuk menabung. Sebagai langkah beringat sebelum terlambat
- Bina tabung kecemasan sekurang – kurangnya 3 bulan gaji
- Tingkatkan tabungan kecemasan kepada 6 hingga 9 bulan gaji
- Setelah tabungan kecemasan telah capai maksima 9 bulan gaji, lebihan wang perlulah di salurkan kepada tempat yang boleh memberikan pulangan berganda seperti unit amanah, emas dan sebagainya
Langkah pertama untuk menabung memang sukar kerana sikap kita telah terbentuk sekian lama. Tetapkan azam dan mulakan langkah pertama hari ini
Baca: Langkah pertama ke arah lebih baik
Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful