UBAH CARA SUPAYA KEKAL BERMOTIVASI

NOTA 065 

❇️❇️

UBAH CARA SUPAYA KEKAL BERMOTIVASI

Jika anda merantau di luar dari kampung halaman untuk bekerja, belajar atau apa jua sebab, pasti perjalanan balik kampung paling mengujakan.

Lebih-lebih lagi perjalanan balik kampung ketika hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi (jika di benarkan merentas negeri).

Perjalan beribu kilometer itu terasa sangat dekat kerana keterujaan kita untuk sampai ke destinasi bertemu insan tersayang (objektif utama).

Jika kita memandu, fokus kita untuk capai objektif utama (sampai ke kampung halaman) membantu kekalkan motivasi kita untuk cepat sampai tanpa mengira penat lelah yang sedang di rasai.

Di dalam penetapan ‘destinasi’ matlamat kewangan, ramai juga terkandas di dalam perjalanan. Antara faktor terbesar gagal untuk capai matlamat yang telah di tetapkan adalah kerana matlamat (destinasi) yang di tetapkan mungkin terlalu besar atau terlalu kecil sehinggakan berputus asa di tengah jalan

Menetapkan matlamat besar berbanding matlamat kecil memerlukan kaedah perancangan, strategi, dan pelaksanaan yang berbeza. Bukan itu sahaja seperti kebanyakan perkara dalam hidup, kemampuan kita untuk tetap dengan tujuan besar memerlukan tenaga mental dan emosi sama seperti strategi dan perancangan.

Penetapan matlamat mestilah sesuai supaya matlamat yang di tetapkan itu adalah realistik dan boleh motivasi kita untuk mencapainya. Sebagai contoh jika ingin menabung 1,000g, mungkin matlamat 1,000g itu terlalu besar untuk kita capai jika di bandingkan dengan kemampuan semasa. 

Apa yang kita boleh buat adalah pecahkan matlamat 1,000g tadi itu kepada matlamat-matlamat kecil (200g sebagai matlamat kecil) supaya kita lebih mudah untuk fokus dan kekal dalam trek. Jika 200g itu masih terlalu besar, pecahkan lagi mengikut kesesuaian bajet semasa.

Matlamat utama = 1,000g

Matlamat kecil 1 = 200g untuk tahun 1

Matlamat kecil 2 = 200g untuk tahun 2

Matlamat kecil 3 = 200g untuk tahun 3

Matlamat kecil 4 = 200g untuk tahun 4

Matlamat kecil 5 = 200g untuk tahun 5

Matlamat kecil lebih mudah dicapai secara berkala, yang bermaksud kita dapat menetapkannya lebih kerap, membangunnya, dan sentiasa melihat diri kita semakin baik. Jika 200g masih lagi bersar, lakukan lagi pecahan kecil.

Rekod apa yang telah anda capai dan jika boleh tampal di tempat yang senang di lihat ‘progress’ supaya anda terus kekal bersemangat untuk capai matlamat kecil seterusnya.

Public Gold menyediakan kemudahan menabung emas melalui akaun simpanan emas GAP. Dengan serendah RM100, anda boleh mula menabung dengan mudah tanpa sebarang komitmen dan tiada sebarang caj yang membebankan

4 keping 5g yang di keluarkan oleh penulis dari akaun emas GAP mengunnakan khidmat pengeposan

Urusan belian dan jualan di atas talian yang amat mudah tanpa perlu sebarang temu janji. Proses pengeluaran emas pula juga di atas talian sungguh mudah, tidak perlu lagi ke cawangan hanya perlu tunggu di rumah dan emas akan di pos (berinsurans)

Baca: Pengeluaran emas melalui pos

Dapat sesuatu?

.

Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan 

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful