TIGA LANGKAH SEBELUM MELABUR

NOTA 063 

❇️❇️

TIGA LANGKAH SEBELUM MELABUR

Pelaburan boleh di ibaratkan sebagai sebuah kenderaan yang boleh kita naik untuk ke satu destinasi iaitu satu matlamat. Dalam hal ini adalah matlamat kewangan

Tidak kiralah apa jua matlamat yang anda tetapkan, samada matlamat untuk berkahwin, membeli rumah, persaraan atau sebagainya, ‘kenderaan’ pelaburan yang anda naik akan menentukan anda sampai lebih cepat atau tidak ke destinasi yang ingin di tuju

Sebelum melakukan apa sahaja pelaburan yang anda hajati, tak kisahlah apa jenis sekalipun (emas, saham, hartanah, wang kripto dan sebagainya) 3 strategi ini perlu anda lakukan untuk pastikan anda capai apa yang anda telah tetapkan

1️⃣ ‘Due Diligence’

Bayangkan anda seorang pemandu bas ekspress, semestinya sebelum anda membawa bas tersebut menuju ke destinasi yang telah di tetapkan anda harus semak kenderaan yang anda akan pandu. Keadaan fizikal tayar, tekanan angin, brek, minyak dan sebagainya

Ini adalah kerana anda akan membawa lebih dari satu nyawa di dalam bas tersebut. Membuat persediaan sebelum perjalan adalah penting bagi memastikan ‘nyawa’ yang di bawa akan selamat sampai ke destinasi yang di tuju

Begitu juga dalam perlaburan. Buat kajian tentang pelaburan tersebut dahulu. Apakah risiko yang harus anda tanggung. Adakah pelaburan ini adalah selamat? Apakah langkah yang anda harus ambil untuk meminimakan risiko? Apakah strategi pelaburan yang akan anda pakai?

Soalan-soalan ini penting untuk di jawab supaya pelaburan yang anda lakukan adalah bukan pelaburan yang sia – sia. Setelah anda rasakan anda yakin dengan pilihan anda, teruskan dengan langkah kedua

2️⃣ ‘Start Small, Think Big’

Mulakan dengan modal yang kecil dahulu. Ini adalah kerana anda perlu merasa dan mencari pengalaman membeli, menyimpan atau menjual pelaburan tersebut terlebih dahulu

Sebagai analogi untuk mudah faham, anda tidak mahu terus memandu kereta lumba F1 dan berlumpa sebelum anda belajar memandu dahulu atau mengikuti latihan – latihan khas yang telah di tetapkan. Sebagaimana seorang jaguh marathon, dia perlu berlatih berjalan dahulu sebelum berlari

Kesilapan paling besar dalam pelaburan adalah mencari jalan pintas. Pada kebiasaannya, mereka yang mencari jalan pintas ini akan bertemu dengan ‘scamer’ (minta di jauhkan)

Sebagai contoh, dalam pelaburan emas mulakan denhan membeli emas 1 gram dahulu. Ambil tahu cara beli, jual, simpan atau sebagainya sebelum mengambil keputusan untuk membeli dengan jumlah lebih besar. Biasakan diri dahulu. Apabila anda sudah selesa, barulah ambil keputusan untuk melabur dengan skala yang lebih besar

Untuk untung besar anda perlu melabur besar. Sebagai contoh jika anda menyimpan emas 1,000g pada harga purata RM200, setelah 3 tahun harga emas naik kepada RM250. Maka anda akan mendapat kenuntungan sebanyak RM50,000 (purata RM17,000 setahun). Prinsip asa pelaburan, melabur banyak maka untuk banyak

3️⃣ Konsisten

Ini adalah tips yang paling penting dalam pelaburan kerana di dalam pelaburan tiada jalan lurus. Pelaburan terdedah kepada naik turunnya harga mengikut pasaran. Anda perlu konsisten untuk merasa membeli ketika harga sedang naik atau turun

Pelaburan seperti emas termasuk saham, hartanah, wang kripto, unit amanah dan sebagainya ada turun naik harga. Jika harga emas turun, jangan panik kerana itu adalah normal. Anda tidak akan rugi cuma belum untung. Pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang (3 tahun dan keatas)

Baca: Empat cara untuk terus konsisten dalam pelaburan

————————

Di dalam pelaburan emas, Public Gold telah bertapak di Malaysia semenjak 2008 dan terus menerajui pelaburan emas fizikal di Malaysia. Sejak dari dahulu hingga kini, pesaing Public Gold patah tumbuh hilang berganti, namun Public Gold terus utuh menerajui pasaran.

Baca: Ketahui mengapa Public Gold adalah pilihan syarikat yang terbaik dalam pelaburan emas fizikal

Ingin mulakan simpanan emas anda hari ini? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan 

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *