4 KAEDAH UNTUK TERUS KONSISTEN

NOTA 003

❇️❇️

4 KAEDAH UNTUK TERUS KONSISTEN

Emosi manusia sentiasa berubah ubah. Kadang kala kita mempunyai kesukaran untuk terus konsisten manabung. Fokus hilang di tengah jalan kerana pelbagai gangguan dan cabaran

Untuk kekal di landasan 4 tips berikut boleh di gunakan untuk anda terus kekal berada di landasan  

1️⃣ Menabung sebelum berbelanja

‘Mat saleh’ selalu sebut, “Save first, spend later.”

Belajar menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain yang serupa – tujuannya supaya konsisten. 

Bagi saya, saya lebih suka menyimpan emas sebab ianya tidak meganggu emosi untuk berbelanja. Lebih-lebih lagi apabila adanya pembelian emas secara ansuran (EPP10)

Membuat komitmen untuk menyimpan di dalam masa 10 bulan. Saya dapat displinkan simpanan saya dengan mudah. Yang seronoknya, harga emas pastinya makin tinggi pada jangka masa panjang

2️⃣ Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang

Untuk jangka masa pendek boleh simpan duit di tempat yang agak sukar di akses seperti ASB atau di bank yang anda tidak mempunyai kad atm. Untuk jangka masa panjang pula boleh melabur di dalam unit amanah atau emas

Matlamat kewangan bergantung pada individu. Sebagai contoh untuk pergi melancong, menunaikan haji, pendidikan anak-anak, bebas hutang dan lain-lain lagi. Tulis besar-besar matlamat anda di tempat yang anda selalu lihat seperti di meja bacaan, wall paper telefon dan sebagainya supaya anda senantiasa bermotivasi

Secara tidak langsung anda melatih minda separa sedar anda untuk fokus kepada matlamat anda. 

3️⃣ Tabiat menabung satu cabaran

Selepas menabung 10% daripada pendapatan anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur.

Jika anda menyimpan wang, tahun pertama simpan RM150 sebulan. Masuk tahun ke-2 bila dah rasa selesa, boleh tambahkan jadi RM200 sebulan dan seterusnya

Jika anda menyimpan emas, seeloknya pegang emas tersebut dan rasakan auranya. Anda akan rasa lebih bersemangat untuk menambah gram. Sebagai contoh, Public Gol mengeluarkan pelbagai edisi emas

Ya; ada yang berkata emasnya sama cuma gambar nya sahaja bertukar. Itu betul. Namun, gambar ini lah yang boleh jadi penarik/asbab bagi untuk terus menabung emas. 

4️⃣ Simpan ‘durian runtuh’

Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan. Jika anda menerima kenaikkan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda. 

Terbaharu, keputusan ketegori pertama i-lestari hari ini di umumkan. Jika anda layak, maka beringatlah. Gunakan sebaiknya kerana itu “wang hari tua” yang anda gunakan hari ini

Ramai yang apabila menyimpan, jiwanya resah. Rasa macam dipaksa-paksa. Kalau boleh, taknak langsung menyimpan. Mungkin ada juga yang mengatakan

‘buat apa menyimpan, nantikan ada duit pencen’

Kawan-kawan. Wang pencen bukanlah suatu jaminan. Polisi kerajaan boleh bertukar bila-bila masa sahaja. Cuba lihat apa yang berlaku pada pilhan raya 2008. Pelbagai polisi bertukar contoh paling popular adalah GST di hapuskan. Hujung tahun 2020 kedengaran GST bakal kembali semula nanti

Begitu juga di dalam kehidupan seharian. Kadang kala kejadian tidak di duga boleh berlaku dan ketika itu kita muungkin memerlukan sejumlah wang untuk di gunakan. Maka pentingnya kita menyediakan tabung kecemasan. Maka beringatlah ketika senang

.

Sudahkan anda memulakan simpanan? Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan