
NOTA 119
❇️❇️
4 TIPS UNTUK SENTIASA FOKUS DALAM MENABUNG EMAS
Menyimpan untuk masa depan ialah keputusan kewangan yang bijak, dan satu cara yang berharga untuk melindungi kekayaan anda dan mempelbagaikan portfolio anda adalah dengan menyimpan emas. Emas telah lama diiktiraf sebagai penyimpan nilai dan perlindungan terhadap ketidaktentuan ekonomi. Untuk membantu anda berada di landasan yang betul dengan objektif simpanan emas anda, berikut ialah lima petua penting:
1. PANDAIKAN DIRI
Ilmu adalah alat yang berkuasa dalam apa jua perkara. Luangkan masa untuk mendidik diri sendiri tentang kelebihan emas dan apa yang anda mampu capai dengannya. Fahamai bagaimana pasaran emas di tentukan, naik turun harga emas semasa, faktor – faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran dan sebagainya. Tak kenal maka tak cinta.
Banyak bahan bacaan percuma dan berkualiti. Pilih yang sesuai. Berbekalkan pengetahuan, anda akan lebih bersedia untuk membuat keputusan dan menavigasi turun naik pasaran.
2. MATLAMAT YANG JELAS
Sebelum anda memulakan perjalanan menyimpan emas anda, adalah penting untuk menentukan objektif kewangan anda. Tanya diri anda untuk apa anda menyimpan. Kenapa, kenapa dan kenapa.
Adakah anda membina tabung untuk persaraan? Mencipta dana kecemasan? Atau hanya ingin mengekalkan kekayaan anda? Berapa besar jumlah gram yang anda inginkan dalam jangkamasa sebulan, setahun, lima tahun atau sebagainya.
Mempunyai matlamat khusus dan ditakrifkan dengan baik bukan sahaja memberikan motivasi tetapi juga membantu anda menyesuaikan strategi simpanan anda mengikut keperluan unik anda. Tetapkan matlamat untuk bina tabung impian.
3. BUAT BELANJAWAN
Belanjawan berfungsi sebagai pelan hala tuju kewangan anda. Tentukan berapa banyak pendapatan anda yang boleh anda peruntukkan dengan selesa untuk simpanan emas. Kira sasaran simpanan bulanan atau tahunan anda dan berpegang padanya. Pendekatan berdisiplin untuk belanjawan memastikan anda secara konsisten membuat kemajuan ke arah matlamat simpanan emas anda.
Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk konsisten menabung emas. Di Public Gold, dengan hanya RM100, ada boleh konsisten menabung emas. Fokus pada pertambahan gram setiap bulan.
4. ARAHAN TETAP
Ada banyak kemudahan telah tersedia untuk kita fokus dan konsisten membina tabung impian. Di Public Gold, kita boleh melakukan arahan tetap pembelian emas secara autodebit terus ke akaun emas persendirian. Kaedah ini sangat mudah dan menyenangkan dimana anda tidak lagi risau atau terlepas untuk menabung.
Apabila tiba pada tarikh yang di tetapkan, potongan akan di buat dan gram emas akan di masukkan secara automatik ke dalam akaun emas. Dengan kaedah ini, kita boleh fokus pada perkara lain yang memerlukan perhatian lebih.
Bila sebut soal menabung, tak perlu fikir naik turunnya harga kerana ia tidak ‘signifikan’. Jangan serabutkan kepala dengan perkara tidak perlu. Fokus sahaja pada pertambahan gram. itu adalah tujuan utama kita.
.
Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/

