NOTA 091
❇️❇️
MELIHAT DENGAN ILMU CARA UNTUK BERJAYA
.
Untuk berjaya kita haru melihat kejayaan yang ingin kita capai dengan menggunakan kacamata masa hadapan. Bukan dengan Kacamata kita pada hari ini.
Mempunyai RM100 adalah suatu kekayaan berbanding dengan mereka yang tidak punyai apa – apa.
Mempunyak RM1,000 adalah suatu kekayaan berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai RM100.
….dan seterusnya.
Namun, bagaimana kita hendak lindungi kekayaan yang kita ada hari ini?
Kebanyakkan orang melihat emas menggukan kacamata mereka hari ini. Sudut pandang hari ini. Mereka melihat harga emas naik dan turun mereka merasakan rugi,
Namun jika mereka melihat harga emas 5 tahun atau 10 tahun atau 15 tahun akan datang, nescaya mereka akan menyimpan emas sebanyak – banyaknya untuk melindungi kekayaan mereka,
Ini lah yang terjadi pada mereka yang menyimpan emas hidup pada tahun 80an & 90an misalnya. Mereka Melihat emas dengan menggunakan kaca mata masa hadapan. Mereka tahu, duit kertas tidak bernilai. Ia tidak menyimpan nilai ‘kuasa’ yang sebenar.
Nilai duit tidak akan kekal. Duit yang mereka pegang itu semakin hari semakin susut nilainya.
Nah lihat, pada 1 Januari 1998 nilai Ringgit Malaysia menyusut sehingga 92% berbanding US Dollar. Apa maksudnya?
Sebagaimana kita ketahui, urusan perniagaan antarabangsa majoriti nya menggunakan US Dollar sebagai matawang antarabangsa. Jika anda seorang peniaga yang mengimport barang dari luar negara, pada 1 Januari anda memerlukan 2 kali ganda lebih wang untuk membeli barang yang sama berbanding semalam!!!!
Dan jika anda tidak mengimport sekalipun, kesan kenaikan harga ini akan memberikan kesan langsung pada pengguna tempatan.
Apa yang kita import? Banyak !!!! Barang makanan seperti tepung, bawang, beras, dan sebagainya.
Dan sehingga ke hari ini, Ringgit Malaysia kekal rendah 40%-50% berbanding apa yang kita pernah miliki sebelum tahun 1997.
Apakah jaminan yang kita ada bahawa kejadian di atas tidak akan lagi berlaku di masa hadapan? Apakah perasaan kita apabila kita penat menyimpan berjuta Ringgit didalam bank, tiba- tiba nilainya tinggal hanya separuh?
Pakar kewangan tidaklah menasihatkan kesemua kekayaan yang kita ada di simpan dalam bentuk emas. Sebaiknya, pindahkan sedikit kekayaan yang kita ada hari ini di dalam bentuk emas sebagai insurans kewangan.
Sekurang-kurangnya jika sesuatu berlaku di masa hadapan, yang mana di luar jangkaan kita – ianya tidaklah menghapuskan kesemua nilai kekayaan yang kita ada.
PElaburan yang baik adalah pelaburan menggunakan ilmu, bukan emosi. Maka, cari lah ilmu. Fahami bagaimana emas Dapat melindungi kewangan anda.
.
Dapat sesuatu?
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini
Pingback:4 TIPS UNTUK SENTIASA FOKUS DALAM MENABUNG EMAS - emas4u