TINGKAH LAKU IMPULSIF, APA YANG ANDA PERLU TAHU?

NOTA 115

❇️❇️

TINGKAH LAKU IMPULSIF, APA YANG ANDA PERLU TAHU?

Seorang prefessor dari Universiti Havard, David Laibson dalam kajian beliau dalam Teori Isyarat Penggunaan atau “A Cue Theory of Consumption” menunjukkan secara matematik bahawa isyarat dari persekitaran kita menyumbang kepada penggunaan.

Sebagai contoh, jika kita asyik melihat iklan jualan murah di atas talian seperti Shupie atau Lajado, keinginan kita untuk membeli aau ‘bershopping’ akan membuak – buak dan akhirnya kita akan terjebak “terbeli”. Kita terperangkap dengan tingkah laku impulsif atau “Impulsive behavior”. Secar spesifik dalam hal ini, ia di panggil sebagai “pembelian impulsif”.

Pembelian impulsif atau “Impulsive buying” ialah apabila kita membeli sesuatu tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ia berlaku apabila produk atau mesej diiklankan atau dipromosikan dengan baik. Kita terdorongan membeli sesuatu tanpa merancang kerana mereka bergantung pada perasaan yang membuatkan mereka rasa perlu membeli.

https://www.questionpro.com/blog/impulsive-buying/

Impulsif ialah kecenderungan untuk bertindak tanpa berfikir. Tingkah laku impulsif di dalam berbelanja ini akan memberi kesan buruk jangka masa panjang pada diri kita. Ia akan menyebabkan suatu pembaziran dan ia amat merugikan.

Apakah tanda petunjuk bagi tingkah laku pembelian Impulsif ini?

Kebanyakan individu terlibat dalam pembelian impulsif sekali-sekala. Beberapa petunjuk pembelian impulsif termasuk:

  • Menghabiskan banyak wang daripada yang dirancang
  • Mengunjungi tempat seperti pasaraya yang sering menyebabkan pembelian impulsif
  • Merasa kepuasan yang cepat berikutan pembelian yang tidak dirancang
  • Kerap menyesal dengan pembelian yang tidak dirancang

Namun, tingkah laku impulsif ini boleh di lentur, di didik ke arah sesuatu yang lebih baik. 

Sebagai contoh, jika kita ingin membentuk kebiasaan atau ‘habit’ suka membaca buku, mahu penuhi dan kelilingi diri kita dengan buku. Mula dengan membawa buku yang kita ingin baca ke mana sahaja kita pergi. Ke Kedai makan, ke pasar raya – ke mana sahaja. Secara tindak langsung, tingkah laku tersebut akan menghantar isyarat tanpa sedar kepada otak kita untuk kita membaca buku tersebut.

Atau; penuhkan meja kerja kita di rumah atau di pejabat dengan buku yang ingin kita baca. Cipta suasana “membaca” dan ia akan mula “mengjangkiti”. Ini adalah sama konsep dengan iklan atas talian tadi. Ia menghantar isyarat pada otak kita secara tidak langsung.

Simpan sekurangnya 1 keping emas di dalam dompet sebagai motivasi

Kaedah ini juga saya guna pada diri sendiri dan pesan kepada penyimpan emas. Jika mula menabung emas, pastikan emas yang di simpan itu senantiasa di sisi. Keluarkan emas fizikal dan simpan dalam dompet; misalnya. Jika kita selalu melihatnya, otak kita akan di beri isyarat pencetus atau ‘trigger’ :-

“Nah.. ini lah simpanan aku, aset fizikal!”

“Inilah wang simpanan aku dalam bentuk emas!” 

Emas adalah aset yang ‘quantitative and tangible’; boleh di lihat dan di pegang. Bila kita sentiasa pegang dan lihat nya secara ‘berdepan’, sacara psikologinya ia memenuhi kehendak sensori manusia bahawa ianya WUJUD. Kita rasa ia ada.

.

Nak belajar menabung emas dengan cara yang betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

ChM. MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, BASc (Analytical Chem.), MBA

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/