CITA – CITA ADALAH SEBUAH GARISAN PENAMAT?

NOTA 114

❇️❇️

CITA – CITA ADALAH SEBUAH GARISAN PENAMAT?

Cita – Cita atau atlamat ialah objektif atau sasaran yang cuba dicapai atau dicapai oleh seseorang.

Di dalam sukan, matlamat merupakan titik akhir perlumbaan atau sesuatu yang pemain cuba letakkan sasaran sebagai sebahagian daripada permainan. Matlamat ialah sasaran atau objektif yang anda usahakan dengan usaha dan keazaman.

Sebagai contoh, di dalam perlumbaan, garisan penamat adalah destinasi terakhir atau matlamat yang kita tuju bagi memenagi sebuah pertandingan – siapa sampai dulu, dia menang.

Memenangi sebuah perlumbaan atau acara sukan di sukan olimpik misalnya, ia adalah satu cita-cita yang hebat! Namun apa yang paling besar adalah proses yang terlibat untuk menjadi sang juara itu. 

Memenangi sebuah pertandingan atau capai ke garisan penamat itu adalah kesan atau akibat daripada proses yang di lalui. Untuk layak ke olimpik misalnya, sudah pasti seorang atlet itu akan melalui sebuah latihan yang bersungguh – sungguh (intensif), mempunyai keazaman yang tinggi untuk capai kejayaan, persiapan mental yang jitu untuk menjadi sang juara dan pelbagai lagi proses yang lain yang lalui.

Semua itu PROSES untuk melahirkan seorang juara.

Namun di dalam kehidupan, garisan penamat itu bukanlah ‘pengakhiran’ atau destinasi akhir. Ia bukan sesuatu yang ‘ultimate’ atau sesuatu yang terulung yang hendak kita hendak capai. 

Menang atau atau kalah itu bukanlah satu matlamat kerana kehidupan itu bukanlah satu perlumbaan. Menang atau kalah bukan kaya ukur yang sebenar.

Kejayaan itu tidak bermakna jika apa yang kita kecapi itu hanyalah sementara. Selepas melepasi garisan penamat, kita jauh lebih teruk dariada apa keadaan sebelumnya. 

Di ibaratkan, latihan tadi tidak berjaya mengubah kita menjadi SANG JUARA YANG SEBENAR.

Meletakkan matlamat atau sebuah cita – cita bukanlah meletakan sasaran semata – mata. Tujuan sebenar menetapkan matlamat atau cita -cita adalah untuk mengembangkan diri menjadi jenis orang yang boleh mencapai matlamat.

Tidak kira sama ada kita capai matlamat yang di tetapkan atau tidak. Beberapa matlamat yang kita tetapkan akan tercapai, dan beberapa matlamat mungkin tidak tercapai

Mencapai sasaran atau cita – cita itu adalah sebuah proses yang akan membina jati diri dan ‘mindset’ sebagai ‘sang juara’ yang akan capai apa jua sasaran atau cita – cita di masa hadapan.

Lihat keratan kisah pemenang loteri di atas. Saya tak mahu ulas dari sudut agama; judi itu haram atau wang tak berkat, patut lah kaya sekejap je. Tetapi hendak beri contoh bahawa apabila diri mereka tak ‘bersedia’ menerima wang yang sebegitu banyak sekelip mata, ia tidak akan kekal lama. 

“Eh..nak terima duit pun nak kene bersedia ke? Nak kena ‘training’ macam orang bersukan?”

Jawapan ringkas – “Ya, kena bersedia!”

Jawapan sedikit panjang & ‘refleks pada kita. Persediaan itu perlu kerana jika kita tidak pernah mampu menguruskan wang gaji bulanan kita dengan baik, dengan mempunyai simpanan konsisten setiap bulan, apakah jaminan yang kita ada untuk kita mampu mengurus wang sebegitu banyak?

Memiliki sejumlah gram emas itu bukanlah cita ² akhir/ultimate/ulung, tetapi proses memilikinya itu adalah sebuah perjalanan & pengalaman untuk kita latih diri menjadikan kita ‘sang juara’.

Ada banyak instrumen di pasaran, namun di sini saya hendak berkongsi emas mampu mendidik diri menjadi lebih berdisplin menguruskan kewangan peribadi. 

.

Nak belajar menabung emas dengan cara yang betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/