ADAKAH ANDA TERPERANGKAP DALAM PERLUMBAAN TIKUS?

 NOTA 113

❇️❇️

ADAKAH ANDA TERPERANGKAP DALAM PERLUMBAAN TIKUS?

Analogi ini lahir daripada keadaan melihat seekor tikus di dalam makmal yang di letakkan di dalam gegelung sangkar. Selaju mana pun tikus itu berlari, berpusing – pusing, ia tetap berada di posisi yang sama. Statik. Tak kemana. Penat je lebih

Di dalam pengurusan kewangan, istilah ‘Rate Race’ di guna pakai menggambarkan keadaan seseorang yang terperangkap di dalam sebuah perlumbaan memenuhi kehendak kewangan dirinya.

Seseorang itu di anggap terperangkap di dalam perlumbaan tikus apabila dia terperangkap dalam pengurusan kewangan yang buruk. Tidak kira apa jua jumlah gaji yang di terimanya, ia akan berbelanja sehabisnya; yang mana di penghujungnya dia merasakan gaji yang di perolehinya tidak mencukupi.

Secara matematiknya

Jumlah pendapatan = jumlah perbelanjaan

Ketika dia bergaji RM1,000 – jumlah perbelajaannya RM1,000.

Ketika mendapat kenaikan gaji RM5,000 – jumlah perbelajaannya naik menjadi RM5,000.

Ketika mendapat jawatan, pekerjaan baru dengan gaji RM10,000 – jumlah perbelajaannya bertambah menjadi RM10,000.

….. dan begitulah seterusnya. Sebanyak manapun gaji di perolehi, ianya habis di belanjakan. 

Lebih menyedihkan jika secara matematiknya

Jumlah pendapatan < jumlah perbelanjaan

Bermaksud, perbelanjaannya lebih besar daripada pendapatan.

Gaji RM1,500 tetapi berbelanja RM2,000.

Gaji RM2,000 tetapi berbelanja RM2,500.

Mana dia dapat duit berbelanja lebih dari pendapatan? Hutang dengan kawan, hutang dengan isteri, hutang dengan kad kredit, hutang dengan Ah Long! 

Jangan kawan – kawan.

Jangan terbiasa berhutang.

Formula matematik kewangan yang baik adalah

Jika kita terpaksa berhutang, ia bermaksud kita tidak menguruskan kewangan dengan baik. Mengikut pakar kewangan Robert Kiyosaki,

“Membina dan mengekalkan belanjawan adalah elemen penting dalam kejayaan kewangan peribadi. Ia adalah peta jalan untuk kebahagiaan hidup anda”

Jumlah pendapatan > jumlah perbelanjaan

Bermaksud, perbelanjaannya lebih kecil daripada pendapatan.

Bagaimana hendak keluar dari “Rat Race ini”? : 5 langkah yang boleh anda lakukan

1. Tulis matlamat anda

“Bukan senang hendak senang, bukan susah untuk susah”. Itulah kata pepatah yang orang dulu-dulu katakan. 

Matlamat anda harus jelas. Anda perlu dapat menyatakan alasan anda dengan jelas supaya apabila keadaan menjadi sukar, anda bermotivasi untuk terus maju.

2. Jejak perbelanjaan anda

Langkah utama dalam menyelesaikan masalah adalah dengan mengenalpasti punca masalah.

Menjejaki perbelanjaan anda membantu anda mengetahui dengan tepat kemana wang anda di habiskan. Dengan cara ini, anda dapat membuat analisa tabiat berbelanja. 

3. Potong perbelanjaan anda

Menjejaki perbelanjaan anda juga boleh memberikan gambaran tentang cara untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Mengurangkan perbelanjaan anda tidak semestinya menyakitkan.

Kadangkala, anda hanya perlu berfikir dengan lebih kreatif atau meluangkan lebih banyak masa untuk merancang perbelanjaan anda. Salah satunya adalah menghapuskan berbelanjaan tidak perlu. 

Misalnya, langganan tv prabayar. Cuba menjadi rasional dengan diri anda. Berapa kerap anda menonton tv di dalam seminggu? Mungkin sudah tiba masanya anda melakukan aktiviti lain yang lebih bermanfaat dan PERCUMA.

4. Tambah pendapatan

Ada pelbagai pekerjaan yang boleh anda lakukan untuk menambah sumber pendapatan. dan paling penting, mulakan dengan membuat pilihan pekerjaan yang hampir tidak memerlukan modal. Misalnya menjadi ‘dropship’. 

Untuk menjadi dropship anda tidak perlukan modal. Hanya perlukan usaha untuk mempromosikan produk orang lain. Anda ‘untung atas angin”.

5. Tambah simpanan 

Bina tabung kecemasan anda dari sekarang. Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kita harus bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

Bina sekurang-kurangnya tabung kecemasan sejumlah 3-6 bulan gaji. Wang ini adalah sebagai persedian di kala kecemasan seperti di buang kerja, menampung perbelanjaan kecemasan dan sebagainya

Penafian: tulisan ini adalah nasihat kewangan umum. Anda di nasihatkan untuk mendapat nasihat kewangan daripada individu atau badan yang bertauliah seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

.

Nak belajar menabung emas dengan cara yang betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/