NOTA 109
❇️❇️
PERLAKSANAAN GAJI MINIMA
Semalam kerajaan telah memutuskan untuk meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang sebelum ini menetapkan gaji minimum adalah RM1,200. Pindaan ini merupakan pindaan seterunya selepas pindaan yang lalu iaitu daripada RM1,100 kepada RM1,200 sekitar februari 2020.
Kenaikan sekitar RM300 untuk setiap individu atau 25%. Jika melihat daripada kacamata seorang yang terlibat dalam perniagaan, ini adalah kos langsung yang harus di serap. Dengan kenaikan ini, adakah produktiviti syarikat akan bertambah? Kos operasi meningkat 25% secara mendadak.
Walaupun kerajaan mengarahkan perlaksanaan ini hanya bagi syarikat besar dan tidak melibatkan peniaga kecil dan sederhana, saya kira ini adalah penangguhan sementara kerana desakan untuk menyeragamkannya pasti berlaku.
Sebagai pekerja, kita tiada akaun kira-kira untung-rugi. Cukup bulan dan masa, gaji masuk di dalam akaun. Namun tidak pula kepada pemilik perniagaan. Jika produktiviti syarikat masih kekal sana seperti sebelumnya, kenaikan ini sedikit sebanyak memberi kesan.
Mungkin ada orang kata, biarlah mereka tanggung. Selama ini dah untung berjuta! Kesan jangka masa pendek yang bakal kita lihat adalah kenaikan harga barang. Sebab adat orang meniaga mesti nak untung. Kalau tak untung, itu namanya amal jariah. Jarang ada syarikat yang buat kerja amal, tak nak untung, cukup balik modal.
Teringat ikon tersohor dahulu, Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mantan presiden Johor Corporation (JCorp). Idea jihad business yang diperkenalkan beliau untuk menaikkan ekonomi orang Islam. Melalui Wakaf An Nur Corporation, keuntungan syarikat di wakafkan untuk kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai kemudahan di sediakan melalu sistem wakaf ini seperti Pusat dialisis, Hospital Pakar percuma, klinik wakaf dan sebagainya.
Saya bukan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minima ini, cuma ia adalah penyelesaian jangkamasa pendek yang memberikan kesan negatif untuk jangkamasa panjang. Konsep untuk menjadi negara berpendapatan tinggi itu bagus, cuma kaedahnya tidak kena. Apa guna gaji RM10,000 sebulan jika harga teh secawan RM100? Begitulah perumpaannya. Penyelesaian ini di ibarat memberi ubat tahan sakit. Lama kelamaan dosnya perlu di tingkatkan kerana sakitnya tidak sembuh.
Saya fikir, alangkah lebih baik jika di fokuskan pada meningkat hasil pengeluaran negara supaya kegemilangan Ringgit Malaysia dapat di kembalikan. Barulah kita semua ‘kaya’, bilamana wang belanja RM0.50 kenyang sampai ke petang. Ini RM5 sehari belum tentu cukup.
Sebagai individu, kita lakukan apa yang kita mampu lakukan. Tambah pengatahuan dan kemahiran agar diri lebih berdaya saing. Dunia tanpa sempadan hari ini mestilah di lihat dengan sudut pandang yang lebih luas. Segulung ijazah tidak menjaminkan sebuah pekerjaan. Apatah lagi dengan bebanan hutang PTPTN hanya untuk dapatkan kerja 8.00 pagi – 5 petang.
Syarikat gergasi dunia seperti Google, Castco, Hilton, Apple dan sebagainya tidak lagi meletakkan syarat tradisional memiliki diploma untuk sebuah pekerjaan. Cukup sekadar kemahiran dalam bidang yang dipohon. Lihat saja pelbagai pekerjaan ‘freelance’ muncul, dan orang mula hidup secara Nomad.
Dari segi perbelanjaan, bilamana pendapatan bertambah, jangan tambah perbelajaan anda. Tetap kekal dengan jumlah perbelanjaan sedia ada dan tambahkan simpanan. Bilamana cukup minima simpanan 6 bulan gaji, mula melabur dengan wang lebihan untuk kembangkan nilai aset.
.
Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya
✅✅✅
Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171