APA KAITAN PERANG DAN EMAS?

NOTA 108

❇️❇️

APA KAITAN PERANG DAN EMAS?

Rusia memulakan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine secara rasminya pada 24 Februari 2022 yang lalu. Ini adalah klimak kepada rentetan pergeseran Rusia-Ukraine yang bermula sejak tahun 2014 apabila daerah Crimea di selatan Ukraine yang di ambil alih oleh Rusia secara paksa dan peperangan yang berlanjutan di kawasan Donbas antara pihak pemberontak yang di sokong Rusia dan kerajaan Ukraine.

Peperangan ini merupakan serangan ketenteraan konvensional terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II!

Bilamana berlakunya ketegangan geopolitik, bukan sekadar nilai aset sahaja yang terjejas malah peperangan juga bermakna wang akan mula di cetak secara berlebihan dan perbelanjaan kerajaan akan meningkat.

Harga emas melonjak ketika Perang Teluk Parsi

Pelabur akan mula ‘melarikan’ diri dari pasaran ekonomi dan mula mencari logam berharga ini. Emas adalah merupakan ‘syurga’ bagi pelabur bagi mengelakkan wang mereka hilang dari pasaran modal.

Menyusuri sejarah lampau dimana konflik Iran – Iraq atau lebih di kenali sebagai Peperangan Teluk Parsi yang berlaku pada lewat tahun 1979, berlanjutan selama hampir 8 tahun.

Kesan secara langsung dari peperangan itu menyebabkan harga emas melonjak lebih 250% sebelum ia mula stabil pada lewat tahun 1982.

Peperangan di abad ke-21 antara Rusia dan Ukraine terus memberi kesan harga emas terkini. Konflik ini boleh di katakan baru sahaja bermula dimana hanya peperangan ‘tertutup’ sahaja yang berlaku. Kesatuan NATO yang menyokong Ukraine belum lagi masuk campur secara ‘fizikal’ di dalam peperangan ini dan hanya sekadar memberi tekanan ekonomi kepada Rusia pada waktu ini. 

Harga emas melonjak ketika perang Rusia-Ukraine

Ancaman Rusia untuk menggunakan senjata nuklear di dalam konflik ini amat membimbangkan. Krisis kemanusiaan yang amat dasyat akan berlaku jika perkara ini benar – benar berlaku.

Melalui kaca mata Malaysia, pertelagahan ini akan menberikan kesan secara tidak langsung pada kita. Paling ketara apabila harga minyak dunia mula mencapai harga puncak sekitar USD130/barrel. Rusia negara ke-3 dunia pengeluar minyak terbesar. Peperangan ini akan menyebabkan bekalan minyak berkurangan di pasaran dan harga akan terus meningkat akibat permintaan yang tinggi. 

Kos minyak ini akan memberi kesan secara langsung pada harga makanan dan sebagainya. 

Tatkala waktu tidak menentu ini, apa yang terbaik adalah mengawal perbelajaan kita. Abaikan perbelajaan kepada perkara tidak perlu dan tambahkan simpanan kecemasan.

.

Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/