HUGO VICTOR DAN ANDA. APA KAITANNYA?

NOTA 107

❇️❇️

HUGO VICTOR DAN ANDA. APA KAITANNYA?

Di dalam sebuah buku tulisan James Clear, penulis ada menceritakan tentang seorang penulis terkenal yang boleh kita ambil ikhtibar dari kisahnya.

Pada awal tahun 1830, penyair, penulis, novelis dan dramatis terkenal Perancis Hugo Victor berjanji kepada penebit buku bahawa beliau akan menerbitkan sebuah buku baharu. 

Masa yang beliau sepatutnya habiskan untuk melakukan tugasan yang di janjikan, beliau telah habiskan dengan menguruskan projek lain, melayan tetamu yang hadir malah sempat pergi melancong.

Apabila menyedari telah banyak masa di habiskan dan waktu yang tinggal untuk menyiapkan tugasan semakin singkat, beliau telah membuat keputusan yang drastik untuk mengejar masa yang beliau telah lengahkan.

Dengan bantuan seorang pembantu, beliau telah memasukkan kesemua baju yang ada ke dalam sebuah beg, mengunci dan menyimpannya ke dalam stor.

Berbekalkan hanya sepasang pakaian, beliau duduk di dalam biliknya sepanjang musim luruh dan musim sejuk menulis buku baharu beliau. Kurang daripada 6 bulan, sebuah karya agung buku ‘The Hunchback of Notre-Dame’ di lahirkan.

Adaptasi novel tulisan Hugo Victor dalam siri animasi yang di keluarkan oleh Disney

Buku ini di gambarkan sebagai teks utama dalam kesusasteraan Perancis dan telah di filemkan lebih sedozen kali, di adaptasi di pelbagai pementasan teater dan siri televisyen.

————

Dalam bab kewangan, ada ketika dan waktu kita perlu memaksa diri kita sendiri dengan lebih tegas untuk kebaikan. 

Namun seringkali kita tewas dengan diri sendiri dan suka bersifat menangguh – nangguh.

“Tidak mengapa, mula bulan depanlah menabung. Bulan ni nak pakai banyak duit”

“Belanja sahaja. Esok belum tentu hidup untuk terus enjoy”

“Nak menyimlan buat apa, duit pencenkan ada”

…..dan pelbagai alasan lagi di berikan untuk menjustifikasikan perbuatan kita.

Cuba kita soroti mengapa kita suka bertangguh dalam hal menabung. Salah satunya adalah perbuatan menabung itu tidak menarik perhatian kita. Kita tak seronok untuk menabung. Bila tak serono kita akan jadi tidak bermotivasi untuk lakukannya.

Secara konvensionalnya,  apabila kita menabung wang kita hanya menyimpan digit-digit nombor di dalam bank. Susah kita nak “seronok” hanya melihat nombor-nombor di skrin. Penasihat kewangan sedar akan masalah ini, maka lahirlah kaedah menabung mengikut warna.

Mereka mengesyorkan kita menyimpan/menabung duit mengikut warna. Mewujudkan tabung berdasarkan warna wang kertas yang anda ingin simpan sepertu biru (RM1), hijau (RM5), merah (RM10), jingga (RM20) dan sebagainya. Ikut kemampuan.

Tabung wang berwarna

Bila dah kumpul wang warna -warna ni, ada mata yang geram melihatnya. Jika iman senipis bawang, nescaya habis wang tersebut di korek dan di belanjakan. Mana tidaknya, sudah sifat semula jadi wang adalah untuk di belanja

Jika anda mencari alternatif simpanan yang lebih bertahan, anda boleh menjadikan emas sebagai pilihan. Jika dulu kita hanya kenal emas sebagai barang perhiasan. Kini tidak lagi.

Akses kepada emas perlaburan adalah lebih mudah bersama Public Gold. Dengan adanya Capaian internet, anda boleh menabung emas 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahu – tiada had masa.

Public Gold telah beroperasi sejak tahun 2008 dan telah mengeluarkan pelbagai jenis emas; terutamanya edisi emas 1 gram. Berat emas 1 gram ini adalah paling sesuai untuk mereka yang baru hendak mula menyimpan emas. Harganya mampu milik dan di hasilkan dengan pelbagai edisi agar mata kita sentiasa ‘segar’ mengumpulnya.

Koleksi emas gram kecil dari Public Gold

Bila sebut menabung, sudah pasti ia adalah bertujuan samada untuk matlamat jangkamasa pendek atau panjang. Maka, jangan lah mengikut ‘perangai’ Hugo Victor membuat kerja disaat akhir. Jika di bandingkan beliau dengan kita, beliau adalah seorang genius dan kita……. (anda jawab sendiri 😄)

Lagipun, untuk berjaya melakukan tabungan kita perlu kesabaran dan konsisten.

.

Dapat sesuatu?

.

Nak tahu bagaimana nak menabung emas dengan betul? Hubungi saya dan saya akan bimbing tuan/puan sebaiknya

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/