NOTA 102
❇️❇️
YANG MANA KENA DAHULUKAN?
iPhone baru!!!! Iphone bukanlah sekadar telefon, Ianya adalah gaya hidup. Malangnya orang hari ini, ramai orang lebih gemar nampak kaya daripada menjadi benar – benar kaya. Orang tua kata, biar papa asal bergaya. 🤦🏻♂️ (tepuk dahi 2 kali). Jangan di sebut tentang simpanan, pasti ‘di koreknya’ habis untuk kekalkan gayanya.
Berjimat cermat adalah istilah subjektif. Bagi rata-rata individu pelbagai cara di gunakan untuk berjimat seperti masak dan makan di rumah, memburu jualan murah untuk penjimatan maksima dan sebagainya.
Anehnya, beberapa individu terkaya di dunia sangat berjimat cermat dan tidak berbelanja sejajar dengan kekayaan mereka miliki.
Daripada makan tengah hari di kafeteria pejabat bersama pekerja mereka hinggalah tinggal di rumah yang bernilai jauh dari apa yang mampu mereka miliki.
Mereka bukanlah “kufur” nikmat yang mereka miliki namun mereka adalah individu yang tidak gemar berbelanja pada perkara tidak perlu.
1️⃣ Warran Buffett
Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway ini di namakan sebagai manusia terkaya di dunia; mempunyai kekayaan USD $68.1 billion masih tinggal di rumah kecil yang di belinya pada tahun 1958 dengan nilai $31,500.
Menurutnya, hidupnya sudah cukup bahagia dengan sekadar memiliki apa yang sudah beliau miliki sekarang. Ia sudah tidak bermakna untuk memiliki lebih daripada apa yang beliau sudah ada.
2️⃣ Mark Zuckerberg
Pengasas dan CEO Facebook memiliki status manusia terkaya di zaman moden kini, mempunyai kekayaan berjumlah USD $51.5 billion masih hidup dengan memandu kereta Volkswagen transmisi manual, mengenakan busana harian yang cukup ringkas baju-T hitam dan jeans.
Menurut beliau, dia tidak mahu mengambil masa yang lama untuk buat keputusan pada perkara yang tidak penting dan memberi lebih masa dan tumpuan kepada perkara yang lebih penting.
3️⃣ Ingvar Kamprad
Pengasas IKEA ysng memiliki kekayaan sebanyak USD $39.3 billion.
Kamprad adalah antara orang terkaya di eropah namun anda berkemungkinan duduk di sebelahnya dalam penerbangan ekonomi atau mungkin makan di sebelahnya di careteria IKEA.
Dan ramai lagi……
Menjadi kaya itu bukanlah matlamat utama. Kebanyakkan hartawan di atas menjadi kaya bukan kerana mereka meletakkan objektif utama untuk jadi kaya. Sebaliknya kekayaan itu datang hasil daripada perkara atau pekerjaan yang mereka gemar lakukan.
Warren Buffett sangat berminat dalam bidang perniagaan dan pelaburan sejak kecil, Mark Zuckerberg mencipta komuniti atas talian semasa di universiti dan Ingvar Kamprad mula minat berniaga dari kecil.
.
Menurut pakar kewangan selain dari berusaha untuk terus memajukan diri, menabung adalah asas kepada kekayaan. Menabung adalah asas kepada pengurusan kewangan. Menabung dapat melatih diri untuk berdisplin dalam menguruskan kewangan.
.
Emas merupakan satu instrument alternatif membantu individu untuk terus konsisten menabung. Ramai telah buktikan dimana sasaran awal hanya 1 gram sebulan namun di akhir tahun jumlah terkumpul adalah lebih daripada 12 gram.
Bila kita mula menyimpan emas, perasaan seronok mula hadir bila melihat pertambahan gram. Ianya tidak sama dengan menyimpan wang.
Wang tidak mampu bertahan kerana sifat semulajadi wang adalah untuk di belanja, namun tidak pada emas. Masih ragu? Anda boleh mencubanya! Pasti keputusannya berbeza
.
Nak mulakan simpanan emas dengan betul dan mudah? Hubungi saya
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini