HIDUP DI BAWAH PARAS KEMAMPUAN, BENAR?

NOTA 094

❇️❇️

HIDUP DI BAWAH PARAS KEMAMPUAN, BENAR?

.

Ramai penasihat kewangan menasihati supaya kita di bawah paras kemampuan. Ini adalah satu prinsipal kewangan yang baik dimana ia dapat mengawal perbelanjaan supaya tidak terkeluar dari kemampuan.

Untuk dapatkan sesuatu sebaiknya tunggu terlebih dahulu sebelum dapatkanya. Tunggu sehingga betul-betul mampu. Itu adalah langkah yang terbaik.

Bila memiliki sesuatu tatkala anda betul – betul mampu, ia akan membuahkan suatu kepuasan & kelegaan. Tanpa beban.

Jika anda dapatkan sesuatu dengan tergesa – gesa, tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu tentang keupayaan diri, ia boleh mengakibatkan kesan buruk yang boleh mengganggu pengurusan kewangan anda. Hutang boleh membuatkan jiwa tidak tenteram.

Apabila hidup di bawah paras kemampuan, anda sepatutnya mempunyai lebihan wang untuk simpanan dan di laburkan. Dengan mengambil langkah ini, ia dapat mengukuhkan kedudukan kewangan anda pada masa hadapan.

Namun langkah penjimatan dan hidup di bawah paras kemampuan bukanlah menjadi satu titik noktah. Bukan hanya satu – satunya penyelesaian yang ‘ultimate’. Dan ini tidak sepatutnya menjadi tiket kepada satu kemalasan untuk kekal pada paras kemampuan yang sama.

Semestinya kita mesti ada usaha untuk sentiasa mengangkat / meningkatkan paras kemampuan kita hari ini. Semua orang mempunyai peluang yang sama iaitu 24 jam sehari, 365 hari setahun. Tiada lebih, tiada kurang. Kita harus pandai menggunakan peluang yang ada.

Jika hari ini kita bergaji RM2,000 sebulan, tambah pengatahuan atau kemahiran untuk kita memiliki kemahiran supaya kita layak bergaji RM3,000 sebulan. Dan seterusnya. Usah berhenti untuk terus maju. Jangan sekadar duduk, buat perkara yang sama berulang – ulang kali  dan hanya mengharapkan keajaiban berlaku.

Di dalam dunia serba moden kini, semua maklumat semudah di hujung jari. Apa sahaja kemahiran baharu anda boleh ingin miliki mudah di terokai. Aplikasi Duolingo misalnya boleh membantu anda untuk mengasah bakat baharu menguasai bahasa ketiga. Tidak perlu kelas formal, hanya luangkan masa 10 minit sehari untuk lakukan latihan.

Di dalam dunia pekerjaan, ramai yang berkata majikan melakukan kezaliman bila tidak memberikan kenaikan gaji tahunan pada pekerjanya. Cuba anda duduk di kerusi majikan (menjadi majikan), adakah anda berasa adil untuk membayar kenaikan gaji kepada pekerja anda untuk melakukan kerja yang sama pekerja tersebut 3,5,10 tahun yang lepas? (kenaikan gaji untuk melakukan tugas yang sama)

Sesuatu untuk difikirkan

Begitu juga dengan soal kewangan, jangan hadkan diri dengan pengatahuan yang sedia ada. Ambil inisiatif untuk tahu bagaimana anda boleh menjaga dan kembangkan apa yang anda hari ini. Cabaran kewangan masadepan yang lebih kompleks seharusnya membuatkan kita gigih bersedia untuk hadapi hari mendatang.  

Ramai orang yang ingin menjadi kaya, tatapi tak sanggup untuk melabur masa untuk tambah pengatahuan. Pelaburan yang paling sukar adalah pelaburan masa. Bagaimana kita memanfaatkan setiap masa yang kita ada.

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini