NOTA 093
❇️❇️
RAMAI YANG SEDANG MERANCANG UNTUK GAGAL
.
Kita biasa dengar pepatah yang menyatakan;
“Jika anda gagal merancang, anda sedang merancang untuk gagal”
Ayat yang biasa kita dengar dalam mana-mana siri motivasi untuk tujuan memberi peringatan dan semangat kepada semua orang supaya merancang sesuatu dengan teliti; lebih -lebih lagi berkenaan dengan kewangan
Jika kita gagal merancang kewangan kita pada hari ini, sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal dan miskin pada masa hadapan tanpa sedar.
Mengapa begitu?
Tahun demi tahun usia manusia semakin meningkat. Secara puratanya kita mula bekerja seawal usia 20 tahun, selepas mendapat pendidikan tinggi (diploma, ijazah) misalnya.
Terdapat variasi di antara kajian yang menunjukkan keputusan yang berbeza, namun secara purata usia manusia produktif adalah di antara usia 30 hingga 40 tahun (Lehman, 19533; Simonton, 1988 dan 1991)
Apabila usia meningkat, tenaga kita makin berkurang. Tidak mampu lagi untuk bekerja dengan lebih lasak kerana keterbatasan tenaga.
Dan akhirnya kita akan melabuhkan layar persaraan pada usia 60 tahun. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, jangka hayat seorang lelaki di Malaysia sekitar 78 tahun manakala wanita pula 81 tahun.
Selepas persaraan maka tiada lagi punca pendapatan. Kudrat tenaga juga sudah mula berkurang. Jadi bagaimanakah kita ingin menyara kehidupan sehingga 18-21 tahun selepas bersara dengan sumber yang terhad?
Anak – anak bukan “wang persaraan” kita.
Baca : Adakah anda generasi sandwich?
Soalan pertama :
Adakah wang KWSP atau wang pencen itu mencukupi untuk sepanjang persaraan?
Soalan kedua :
Tahukah anda RM100 hari ini tidak sama dengan nilai RM100 20 tahun lalu, maka apakah jaminan yang kita ada untuk menyatakan RM100 hari ini adalah sama dengan nilai RM100 pada 20 tahun akan datang?
Ramai orang membuat perkiraan… “alah, waktu tua bukan pakai duit banyak pun. Hutang dah habis. Anak – anak semua dah besar”
Ya itu memang betul.
Namun mereka gagal mengenal pasti bahawa apabila ada perbelanjaan yang turun, akan ada perbelanjaan yang meningkat. Misalnya kos perubatan. Bila usia kita dah tua, kita lebih mudah terdedah dengan risiko penyakit. Jadi bersedialah samada dari segi menjaga kesihatan atau wang yang cukup.
Bagi melindungi kekayaan kita hari ini, pakar perancangan kewangan menyarankan supaya mengalihkan sebahagian kekayaan hari ini ke dalam bentuk emas, sekitar 10% sahaja. Selebihnya, melaburlah di tempat lain seperti hartanah dan sebagainya,
James Rickards penganalisa ekonomi terkenal juga menyatakan, gabungan portfolio kewangan yang baik adalah gabungan antara aset-aset yang baik, dengan emas adalah sekitar 10% daripada campuran aset tersebut.
Menurut Robert Kiyosaki, masalah utama orang muda hari ini adalah mereka tidak dapat bayangkan atau rasa bagaimana rasanya menjadi seorang susah ketika hari tua. Jangan tunggu sehingga hari tua untuk mengatahuinya, kerana pada ketika itu semuanya sudah terlambat.
Tahukah anda kita boleh memilih untuk bersara sebagai seorang kaya atau seorang yang miskin? Ya, pilihan bermula hari ini. Mula merancang.
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini