ADAKAH ANDA GENERASI SANDWIC

 NOTA 086

❇️❇️

ADAKAH ANDA GENERASI SANDWIC

.

Pernahkah anda mendengar istilah Generasi Sandwic? Di sebalik sebutan unik ini, perlu anda ambil tahu kerana mungkin anda tergolong dalam generasi ini

Apakah yang di maksudkan dengan Generasi Sandwich?

Generasi sandwic merujuk kepada individu atau keluarga di pertengahan umur yang ditekan untuk menyokong kedua ibu bapa yang sudah tua dan anak yang sedang membesar. 

Generasi sandwic dinamakan demikian kerana mereka secara efektif “terkepit” antara kewajiban untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua – yang mungkin sakit, tidak dapat melakukan pelbagai tugas, atau memerlukan sokongan kewangan – dan anak-anak, yang memerlukan kewangan, fizikal, dan sokongan emosi.

Secara umum, seseorang yang berada dalam posisi ini cenderung untuk mengalami tekanan emosi kerana terlalu berat untuk menanggung beban kewangan bagi memenuhi keperluan untuk diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, dan juga anak-anak mereka. 

Jenis keperluan kewangan yang perlu ditanggung tidak terhad kepada keperluan harian sahaja malah keperluan kesihatan yang sangat tinggi.

Berbakti kepada orang tua adalah satu perbuatan mulia di sisi agama. Walaubagaimanapun, dengan cabaran kewangan yang semakin mencabar ia boleh menjadi sesuatu yang amat sukar.

Malangnya, subjek pengurusan kewangan tidak di ajar di dalam mana-mana silibus pendidikan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan yang baik.

Berikut adalah tips mudah yang boleh anda lakukan dalam misi memperbaiki pengurusan kewangan anda

1️⃣ Urus Kewangan

Ianya bermula dengan diri anda sendiri. Untuk mencapai kewangan yang sihat menguruskan kewangan adalah perkara asas yang perlu dilakukan.

Ini menjadi penting agar aliran tunai isi rumah tidak ‘pasak besar daripada tiang’. Bagi anda yang sebelumnya tidak biasa menguruskan kewangan, anda boleh mula dengan membiasakan diri mencatat aliran perbelanjaan dan pendapatan isi rumah setiap hari, bersama dengan dana yang perlu dibelanjakan untuk anak-anak dan ibu bapa. 

Dari buku harian ini, aliran tunai dapat dinilai dan dirumuskan untuk membuat rancangan anggaran isi rumah bulanan yang lebih matang.

2️⃣ Menguruskan aset dengan melabur

Pengurusan aset dengan melabur sememangnya cara yang bijak untuk mengelakkan inflasi, serta mengaut keuntungan dari pulangan pelaburan. 

Pelbagai instrumen pelaburan yang terdapat di pasaran yang boleh di pilih mengikut profil risiko anda. Peringatan! Cari ilmu pelaburan yang betul sebelum melabur. Berhati- hati dengan ‘skim cepat kaya (baca: skim cepat miskin)”

3️⃣ Lindungi diri anda dan keluarga anda dengan takaful

Sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku, takaaful boleh menjadi bentuk pelaburan jangka panjang yang boleh anda pertimbangkan. 

Kita tidak boleh menjangkakan bila mana waktu kita akan jatuh sakit. Kos perubatan juga saban tahun semakin tinggi.  Sebaiknya, sediakan pelan perlindungan pendapatan iaitu satu jaminan yang boleh menggantikan pendapatan ketika mana anda sudah tidak boleh bekerja lagi akibat sakit kritikal atau hilang upaya kekal

Baca: Berapakah perlindungan yang anda perlu?

Baca: Perlindungan pendapatan

4️⃣ Berhati-hati dengan hutang

Jangan berhutang dengan perkara yang tidak perlu (perkara bukan keperluan). Jumlah hutang hendaklah sebainya tidak melebihi daripada 50% pendapatan. Lebih rendah lebih baik.

Belian tunai adalah lebih baik jika anda tidak yakin untuk mendisplinkan diri menggunakan Kad kredit. Jangan pernah terjebak dengan bayaran ansuran kerana ia mudah untuk “terlebih” belanja.

5️⃣ Menubuhkan dana persaraan untuk memecahkan generasi sandwic

Putuskan rangkaian generasi sandwic. Dana pencen ini penting agar apabila anda sudah tua dan tidak lagi produktif, anda sudah mempunyai simpanan.

Dengan cara itu nanti anda tidak akan menjadi beban kepada anak  dan cucu di kemudian hari. Anak adalah tanggungjawab kita, bukan sebuah ‘insurans’ kewangan bagi kita.

Mereka mungkin akan mempunyai beban kewangan mereka sendiri nanti. Usahlah kita menjadi beban kepada mereka suatu hari nanti

Emas boleh menjadi sebuah tabung persaraan yang baik kerana harga emas secara puratanya naik dalam jangkamasa panjang. Selain itu, emas mampu mendisplinkan diri dalam membina tabung persaraan.

.

Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini