NOTA 090
❇️❇️
RANCANG KEWANGAN SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN
.
Membina sebuah keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan yang berkahwin . Membina keluarga umpama membina sebuah mahligai (rumah). Jika asasnya utuh, maka teguh rumah tersebut, namun jika ia rapuh maka rebah rumah tersebut.
Ramai yang menyangkakan cinta memadai sebagai bekalan pelayaran menuju bahagia, sehinggakan mereka alpa bahawa ada perkara yang lebih penting iaitu wang. Betul, wang tidak boleh beli kebahagia namun kita memerlukan wang dalam pelbagai hal – makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya.
Ramai yang tidak nampak betapa pentingnya perancangan kewangan keluarga. Kesilapan terbesar pengantin baharu adalah membuat pinjaman peribadi untuk majlis raja sehari. RM40,000 untuk 10 tahun. Satu beban kewangan yang tidak perlu untuk majlis sehari.
Mentor kewangan Robert Kiyosaki berkata manusia sering melakukan kesilapan dalam soal kewangan jika melibatkan emosi. Perkahwinan adalah emosi. Seringkali keputusan yang di buat bersandarkan emosi adalah tidak waras dan silap.
Menurut Statistik (data sahih – bukan cerita makcik Kiah), 43% kes penceraian yang di rekodkan pada tahun 2019 adalah berpunca daripada masalah kewangan.
Bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga, pilihlah pasangan yang bijak dalam kewangan. Ia bukanlah bermaksud seorang yang mempunyai ijazah dalam bidang kewangan tetapi seseorang yang mempunyai habit / tabiat kewangan yang baik.
Bagi yang sudah berkahwin tidak mengapa – dunia belum kiamat. Berubah ke arah yang lebih baik. Susun atur kewangan keluarga anda kembali. Bina 3 prinsip kewangan keluarga yang utama
- Perlindungan – Takaful untuk merlindungi diri dan keluarga tatkala musibah melanda.
- Simpanan – Tabung kecemasan bagi keperluan terdesak dan masa hadapan
- Pelaburan – Tambahan pendapatan / pulangan untuk kehidupan yang lebih baik
Ramai yang ‘gelojoh’ untuk buat perkara no-3 (pelaburan) walhal masih tidak bersedia dengan perkara paling asas iaitu perlindungan. Lindungi apa yang kita ada dahulu – baru lah ‘maju’ kehadapan.
Baca: Analogi Bola Sepak Dalam Kewangan
.
Nak belajar simpanan emas sebagai simpanan dan pelaburan masa hadapan? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini