ANALOGI BOLA SEPAK DALAM STRATEGI KEWANGAN

NOTA 089 

❇️❇️

ANALOGI BOLA SEPAK DALAM STRATEGI KEWANGAN

.

Jika kita seorang pemain bola (tidak kira lah secara profesional atau tidak, peminat sukan bola dan sebagainya, sudah pasti kita sangat terbiasa dengan pengaturan taktikal bola. 

Sebagai contoh taktikal 4-5-1 adalah taktikal yang bermaksud 4 pemain pertahanan, 5 pemain tengah dan 1 pemain penyerang. Dan begitulah selanjutnya bagi taktikal yang lain. Ini adalah strategi perlawanan yang di tetapkan bagi menghadapi pihak lawan dan seterusnya menang dalam perlawanan.

Sedarkah kita, posisi pertahanan adalah posisi penting di padang. Pertahanan adalah benteng terakhir bagu mengelak dari di bolosi pihak lawan. Pernah tak anda melihat pasukan juara dunia yang meletakkan  hanya seorang pemain pertahanan dan majoriti menjadi penyerang? 

Tidak pernah kan?

Pasukan bolasepak yang waras akan meletakkan pemain pertahanan yang mengcukupi. Malah, pemain tengah juga akan di arahkan untuk menjadi pertahanan apabila di serang.

Jika kita luahkan taktikal bolasepak ini dalam kewangan peribadi, apakah instrument yang sesuai bagi setiap posisi tadi? 

Berikut adalah contoh sebahagian instrumen kewangan jika di bandingkan dengan taktikal bola sepak tadi

Penyerang

Objektif utama menjaringkan gol. Dalam pelaburan, tujuan utama ke hadapan adalah mencari keuntungan. Contohnya, perniagaan anda. Perniagaan anda, tentu saja, akan menjana pendapatan utama anda. Ia juga berpotensi memberikan pulangan terbaik namun mempunyai risiko tinggi kerana boleh mengalami kerugian

Tengah 

Pemain tengah adalah kedudukan penting kerana mereka biasanya perlu pandai bertahan dan menyerang. Saham, unit amanah dan REIT menghasilkan pemain tengah yang hebat kerana pulangan yang anda dapat membuat perbezaan yang signifikan dalam membina kekayaan. Ini adalah penghasilan tambahan (penyerang) dan langkah keselamatan (bertahan) yang lebih kuat.

Pertahanan

Mempunyai tahap kecairan yang sederhana yang boleh di gunakan sebagai dana kecemasan. Instrumen ini hampir boleh di katakan hampir kalis rugi dan melindungi kekayaan sedia ada

Penjaga Gawang
Bertindak melindungi anda daripada risiko kewangan. Dana kecemasan adalah dana yang anda gunakan ketika menghadapi keadaan yang tidak dapat diramalkan. Sebagai perbandingan, penjaga gawang menebis bola dari masuk ke dalam gawang dana ini menyekat risiko yang berpotensi dari kewangan anda.
.

Tahukah anda emas adalah aset yang hampir sempurn, boleh di gunakan di semua posisi di atas. Bergantung pada cara dan bagaimana di gunakan. Ia merupakan pemain bolasepak yang serba boleh, satu aset fizikal yang fleksibel yang boleh mengisi mana-mana ruang di ‘padang bola’

Penyerang – pelaburan emas berskala besar (500gram dan ke atas) membeli emas pada harga rendah dan menjualnya kembali pada harga tinggi untuk mendapatkan ke untungan (buy low sell high)

Tengah – emas yang di jadikan simpanan boleh di gunakan sebagai modal tambahan untuk perniagaan atau pelaburan

Pertahanan – Ia juga bertindak sebagai ‘insurans’ atau mengimbangi risiko kerugian apabila pasaran ekonomi lemah seperti kejatuhan nilai matawang dan sebagainya 

Penjaga Gawang – Anda boleh hilang segala – galanya di pasaran saham, namun harga emas tidak pernah dalam sejaranh menjadi nilai kosong, dan ia akan terus melindungi kekayaan anda.

.

Apakah strategi anda?

.

Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

✅✅✅

Sebarang pertanyaan hubungi saya gunakan link di bawah

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

👉🏻🌐 https://heylink.me/kamaruddin/ 

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini