EMAS YANG MANA, DALAM AKAUN ATAU FIZIKAL?

NOTA 088 

❇️❇️

EMAS YANG MANA, DALAM AKAUN ATAU FIZIKAL

.

Bagi mereka yang sudah faham kelebihan emas, tiba masanya untuk bermula sebagai penyimpan emas. Di Public Gold terdapat pelbagai kaedah pemilikian emas bagi memudahkan anda untuk memiliki emas. 

Dua daripada kaedah itu adalah mimiliki emas melalui akaun simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program) dan Belian Terus (Belian Tunai).

1️⃣ Akaun emas GAP

Apa itu akaun emas GAP? Secara ringkasnya beli emas dan simpan di dalam akaun secara maya.

Berikut adalah soal jawab ringkas berkenaan Akaun Emas GAP.

Soalan  : Fungsinya macam mana?

Jawapan : Seperti simpan duit dalam akaun bank, bezanya duit yang kita bayar di tukarkan kepada gram emas ikut harga semasa.

.

Soalan  : Boleh bagi contoh?

Jawapan : Contohnya jika tuan/puan bermula harini dengan modal RM100 pada harga emas 1g bersamaan RM286, di dalam akaun tuan/puan nanti akan ada 0.3497g (RM100/RM286 = 0.3497g)

.

Soalan  : Kat mana kita nak tengok harga emas semasa?

Jawapan : https://www.publicgold.com.my 

.

Soalan  : Kalau register nanti akan dapat buku akaun ke?

Jawapan : Tidak. Tuan/Puan akan diberikan PG CODE dan password untuk akses ke website, sama seperti nak akses online banking.

.

Soalan  : Boleh keluarkan emas fizikal?

Jawapan : Boleh. Secara pos berinsurans terus ke rumah dan juga melalui temujanji di 17    cawangan Public Gold seluruh Malaysia

.

Akaun emas GAP sangat fleksible di mana kelebihan utama kaedah penyimpanan ini adalah untuk mereka yang

✅ Bajet rendah dan fleksible. Menabung mengikut bajet yang anda selesa

✅ Tak perlu risau tempat simpan kerana Public Gold simpankan emas anda di peti besi mereka

Oh ya! Di pasaran ada pembagai syarikat dan bank menawarkan produk yang seumpama akaun emas GAP. Anda boleh buat perbandingan tiada masalah. Namun, setakat hari ini kos pemilikan emas Public Gold adalah yang TERBAIK berbanding pesaing.

Ada yang tidak boleh keluarkan emas fizikal dan ada yang mengenakan caj yang sangat mahal untuk keluarkan emas fizikal! 

Untuk fahami lebih tentang Akaun Emas GAP boleh baca artikel di pautan berikut

Baca: Apa itu akaun emas GAP

Baca: Ciri-ciri akaun emas GAP

Baca: Kelebihan akaun emas GAP

Paparan skrin akaun emas GAP

2️⃣ Belian Terus / Tunai

Pemilikan emas cara ini adalah bagi mereka yang mempunyai kapital atau modal yang besar sekaligus. Contoh 10 gram adalah sekitar RM2700. Kaedah pembelian pula cukup mudah. Pembelian seperti anda ‘bershopping’ di sho**e, pilih item, buat bayaran dan item akan terus di pos ke rumah.

Emas fizikal 1000 gram Public Gold

Selain daripada itu, kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang suka kawalan penuh (total control). Bila emas ada di tangan, anda boleh buat apa sahaja yang anda suka. 

  • Nak simpan sebagai tabung masa hadapan (Perbelanjaan anak-anak masuk universiti, persaraan & sebagainya)
  • Tilik emas terbut setiap hari untuk ambil aura.
  • Buat pusingan modal meniaga

…… dan pelbagai lagi.

Jadi bagaimana? Jika anda perlukan bantuan jangan segan, bertanya pada saya. InsyaAllah saya bantu

.

Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://kamaruddinjaffar.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini

Lindungi diri dan keluarga anda dengan pelan Takaful dari FWD Takaful