NOTA 087
❇️❇️
NASIHAT ALAM DARI WOODPACKER
.
Di benua 4 musim, pelbagai haiwan menjalani kehidup seperti biasa. Musim salji atau musim sejuk adalah musim yang paling mencabar. Selama lebih kurang 90 hari lapisan muka bumi akan di litupi dengan salji.
Apabila musim sejuk tiba, banyak haiwan akan berhijrah ke kawasan yang lebih panas atas faktor makanan. Namun sesetengah haiwan yang tidak berhijrah, ketibaan musim sejuk bermakna sudah tiba masanya untuk menyimpan makanan.
Di musim luruh haiwan-haiwan ini mula mengumbul makanan untuk menhadapi musim yang mencabar ini. Woodpecker atau burung belatuk amat terkenal dengan kemahirannya untuk menebuk kulit kayu bagi memperoleh makan seperti serangga yang bersembunyi di bawahnya.
Salah satu contoh yang luar biasa adalah pelatuk kayu biji yang terdapat di Amerika Utara. Ia terkenal dengan kebiasaan membuat “pokok jelapang” yang dapat menyimpan 50,000 atau lebih kacang dalam satu masa.
Burung ini tinggal secara berkumpulan bekerjasama dalam tugas-tugas seperti memelihara anak-anak mereka, mencari makan dan menjaga makanan mereka. Mereka mengumpulkan biji-bijian dan kacang-kacangan lain sepanjang tahun dengan memasukkannya ke pokok lubang yang telah mereka tebuk sehingga sukar bagi haiwan lain untuk mencurinya.
—————————-
Pengajaran yang paling besar yang kita boleh pelajari dari hidupan burung ini adalah persediaanya untuk menghadapi hari mendatang.
Semestinya kita sebagai makhluk yang lebih sempurna mampu untuk membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi masa hadapan yang belum pasti.
Lihat bagaimana tahun 2020 kita mula di uji dengan wabak yang dasyat. Ramai yang terjejas dari sudut ekonomi khususnya dan ia seharusnya telah memberikan kita isyarat yang jelas bahawa kita perlu bersedia tanpa mengira apa jua latar belakang kerjaya kita.
Kerjaya yang dulu gah kini terjejas akibat dari virus yang tidak terlihat dengan mata.
KWSP telah membenarkan pencarumnya untuk mengeluarkan wang simpanan melalui program i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Bagi mereka yang terjejas, ambil kesempatan ini untuk bina tabung kecemasan sehingga 12 bulan gaji atau lebih.
Susun kembali perbelanjaan anda. Dahulu sekiranya banyak wang habis untuk makan di luar, cuba sediakan makanan di rumah. Ia lebih menjimatkan. Potong perbelanjaan tidak perlu seperti rangkaian TV berbayar, majalah dan sebagainya untuk baiki aliran tunai anda.
“Cash is king but cashflow is emperor”. Itulah kata-kata hikmah dari mentor kewangan saya.
Mula fokus dalam menambahkan ilmu kewangan kerana ia mampu membantu anda dalam membuat keputusan – keputsan yang kritikal di musim wabak ini.
Jangan gunakan wang kecemasan untuk tujuan pelaburan. Peraturan utama untuk melabur adalah melabur dengan menggunakan wang lebihan bukan wang kecemasan. Pelaburan terdedah kepada kemungkinan kehilangan modal, jadi berhati – hati.
Seperti juga dengan emas, ia merupakan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Emas tertakluk pada harga pasaran semasa yang mana ia boleh naik dan turun dalam jangkamasa pendek.
Bagi yang mempunyai masalah kebocoran wang, belajarlah menyimpan emas dengan konsisten. Tabiat buruk berbelanja perlukan masa untuk berubah. Dengan emas, tabiat buruk berbelanja kepada perkara tidak perlu boleh di alihkan kepada menyimpan emas.
Secara puratanya, mengikut statistik harga emas akan naik untuk jangkamasa panjang. Ambil peluang simpan emas sebagai tabung masa hadapan (pendidikan anak – anak, persaraan dan sebagainya)
———————-
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
.
Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful
Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini
https://emas4u.com/pelan-hibah-takaful-income-protection-lengkap/
Bersediakah kita?