KUASA LANGKAH KECIL DAN KONSISTEN

 NOTA 085

❇️❇️

KUASA LANGKAH KECIL DAN KONSISTEN

.

Mari luangkan sedikit masa dan berfikir kembali ke 1 tahun yang lalu …

Wabak Covid-19 yang melanda negara tercinta awal tahun lalu belum nampak redanya hingga ke hari ini. Negara masih bergelut dalam fasa memulihkan negara pada landasan yang sepatutnya. 

Pelbagai bantuan secara langsung atau tidak telah di berikan seperti kemudahan ‘moratorium’ atau penagguhan bayaran bulanan pinjaman dan pembiayaan, pengeluaran wang KWSP melalui program i-lestari, i-sinar dan sebagainya sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan yang di tangguh.

Ujian dan cabaran yang di hadapi sebelum ini sepatutnya telah banyak memberi kesedaran kepada kita pada tahun ini tetang betapa pentingnya pengurusan kewangan yang baik dan berkesan dalam menghadapi situasi yang tidak terduka.

Kini, Malaysia kembali ke dalam fasa ‘total lockdown’ di mana hampir kesemua industri yang menjadi punca pendapatan seisi keluarga tidak dapat berfungsi.

Ironinya, masih ada yang belum sedar dan ambil pengajaran apa yang telah berlaku. Ya, itu nasib orang namun jangan pernah berfikir ia tidak akan kena pada diri kita.

Masih ada yang leka tentang kepentingan untuk membina tabung kecemasan yang mencukupi dalam bersiap sedia menghadapi krisis yang melanda yang mungkin menjengah diri dan keluarga

Keadaan mereka masih sama seperti tahun lalu, kerap kali berjanji untuk memperbaiki, tetapi kali ini adakah akan berbeza …

Menakjubkan, membina persiapan bukanlah sesuatu sukar sebenarnya. Langkah-langkah kecil boleh memberi kesan besar. Ini caranya:

1️⃣ Langkah kecil memulakan kita

Tumpukan pada langkah kecil kerana ia membantu kita memulakan dan ia tidak membebankan. Kemudian, inersia mengambil alih dan setelah bergerak, lebih mudah untuk meneruskannya.

Rahsia untuk maju adalah dengan bermula

Ketepikan sekecil RM1 sehari dalam tabung yang di sediakan khas. Sebelum keluar rumah, masukkan RM1 ke dalamnya. Ia soal mendidik minda separa sedar. Buat sahaja dulu dan anda akan merasa betapa Mudahnya untuk menyimpan

2️⃣ Langkah kecil menambah hasil yang besar

Apabila matlamat anda jelas, motivasi anda akan meningkat dan fokus anda akan lebih tinggi dengan setiap langkah-langkah kecil dan konsisten yang telah di gerap. 

Sebagai contoh berbandingan, dalam kajian kecerdasan oleh Universiti McMaster mendapati para peserta yang berbasikal selama 10 minit, tiga kali seminggu mempunyai kenaikan yang serupa dengan yang lain yang berbasikal selama 50 minit, tiga kali seminggu. Mengagumkan

Begitu juga dengan soal duit. Ia bukan soal berapa banyak simpanan yang anda mampu buat sekali gus, tetapi bagaimana anda boleh terus konsisten untuk capai matlamat yang telah di tetapkan. 

“At the ends, the small steps will add up”

3️⃣ Kejayaan melahirkan kejayaan

Kejayaan melahirkan kejayaan

“Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.”

Tetapkan sasaran kecil terlebih dahulu. Misalnya, capai jumlah tabugan RM100 seminggu. Bila dapat capai, gandakan sasaran tersebut kepada sasaran seterusnya.

Sebaik sahaja kita memulakan dan menyedari kejayaan awal, lebih mudah untuk meneruskannya. Pencapaian sasaran kecil ini membantu mengurangkan risiko anda berputus asa.

Setiap langkah memberi peluang untuk belajar dan menyesuaikan diri, sambil merasa yakin bahawa tidak ada satu langkah pun yang akan muflis atau merosakkan niat baik yang telah anda bangun.

4️⃣ Ketekalan menjadikan kerja lebih mudah

Langkah – langah kecil ini membantu kita mewujudkan tabiat berharga, yang membantu kita mencapai tujuan yang lebih besar. 

“Jika anda ingin membuat pekerjaan yang mudah nampaknya sukar, teruskanlah melakukannya.”

Langkah-langkah kecil membantu kita mengelakkan keletihan dalam membuat keputusan keputusan. Bayangkan nak menyimpan separuh dari gaji, penat juga nak fikir tu.

Langkah kecil juga membolehkan kita mengurus beban kognitif dengan lebih baik. Ia memberi banyak ruang untuk menangani perancangan kita yang lain. 

.

Bagaimana? Dapat sesuatu? Tarik nafas..… dan jelaskan dalam minda apa yang hendak anda capai. Bermula dari situ dan susun strategi seterusnya

.

Nak belajar simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini