MENGAPA ANDA MESTI MEMILIH UNTUK MILIKI EMAS

NOTA 078 

❇️❇️

MENGAPA ANDA MESTI MEMILIH UNTUK MILIKI EMAS

Emas adalah pelaburan? Kenapa saya perlu mempertimbangkan untuk memiliki emas? Adakah dengan memiliki emas kehidupan saya akan bertambah baik?

Alasan untuk menjadikan emas sebagai sebahagian daripada portfolio kewangan adalah melebihi keuntungan wang ringgit semata. Manfaat yang di berikan oleh emas hampir tiada tandingan berbanding manfaat pelaburan yang lain; lebih – lebih lagi emas fizikal.

Berikut merupakan 4 sebab mengapa anda harus memiliki emas fizikal, dengan penekanan pada implikasi seorang pelabur

1️⃣ Emas adalah duit sebenar

Emas bukanlah wang rasmi untuk kegunaan harian pada hari ini. Namun, sejarah lampau telah membuktikan bahawa selama beribu tahun emas telah menjadi duit sebenar yang menyimpan nilai.

Emas telah membuktikan bahawa ia mampu menyimpan nilai untuk jangka masa panjang berbanding wang tunai. Bukti yang kita dapat lihat hari ini adalah bagaimana semua mata wang utama dunia telah hilang daya beli berbanding emas. Lihat apakah yang terjadi kepada Venezuela, Zimbabwe, Sudan dan Lebenon. Hyperinflasi yang maha dasyat.

Graf nilai Ringgit berbanding US Dollar. Sumber: TradingView

Nilai Ringgit misalnya, telah merosot lebih 68% berbanding US dollar (1997-2021). Ini telah mengakibatkan kita perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membeli/mengimport barangan yang sama. 

Dan secara logik ekonominya, Ringgit Malaysia akan di kekalkan terus rendah memandangkan ekonomi Malaysia bergantung kepada nilai eksport 

Emas fizikal adalah salah satu bentuk paling sesuai untuk memelihara kekayaan jangkamasa panjang. Ia amat sesuai untuk di warisi kerana ia akan melebihi mata wang yang mungkin akan kita gunakan pada masa akan datang

2️⃣ Emas tiada risiko kontrak

Emas fizikal tidak mempunyai risiko kontrak. Tidak memerlukan orang tengah atau mana-mana pihak bagi memenuhi kehendak kontrak (sebagai contoh saham anda memerlukan broker).

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak terikat dengan mana – mana institusi. Ini adalah amat penting sebagai benteng terakhir melindungi diri kita daripada sebarang krisis ekonomi.

Nilai emas tidak pernah menjadi kosong. Tidak pada sejarah lebih 3000 tahun usia emas. Berbanding wang tunai, nilai wang hanya sah di perakui dengan Nilai atas kapasiti jaminan sesebuah kerajaan. 

Emas akan senantiasa mempunyai nilai. Emas fizikal tidak mungkin akan menyebabkan anda jatuh muflis.  

3️⃣ Emas boleh menjadi sulit dan peribadi

Jika anda memerlukan sedikit privasi, emas fizikal adalah salah satu aset yang membolehkan anda memilikinya.

Keratan akhbar Sinar Harian

Kekayaan yang anda simpan di dalam bentuk emas hanya anda sahaja yang mengetahuinya. Lihat keratan akhbar di atas. Berapa kayanya seorang taukey menyorok kekayaannya. Bukan saya ingin mengatakan bahawa anda perlu membuat jenayah, tetapi lihat pada fungsi emas tersebut.

Itu baru taukey yang ‘kantoi’ dengan polis. Bagaimana pula dengan taukey lain atau ahli perniagaan lain yang mempunyai kekayan melalui cara yang sah? 

Selain hibah takaful, emas boleh di jadikan hadiah kepada pasangan anda kerana ia tiada rekod di dalam mana-mana institusi kewangan. Wasiat masih boleh di cabar di mahkamah atas tuntutan faraid. 

4️⃣ Emas imbangi pelaburan anda

Di waktu krisis, ekonomi negara akan merudum dan pasaran saham akan jatuh. Sebagai seorang pelabur, emas mampu mengimbangi atas ketidak tentuan risiko pelaburan anda.

Lihat sahaja permulaan penularan wabak Covid-19 tahun lalu. Hampir ke semua ekonomi dunia hampir lumpuh dan harga emas telah melonjak pada aras tertinggi di dalam sejarah (tertutamanya di dalam Nilai Ringgit)

Sebagai pelabur, kerugian anda di pasaran saham mampu di imbangi dengan keuntungan yang anda perolehi dengan simpanan emas fizikal. 

Data di atas adalah kompilasi data pasaran saham S&P Amerika berbanding emas. Hampir keseleruhan data menunjukkan harga emas naik tatkala pasaran saham merudum.

.

Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan 

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful

Ketahui mengapa ada perlu memilih Public Gold sebagai syarikat emas anda: baca di sini