NOTA 077
❇️❇️
KENAPA RAMAI MASIH TIDAK MENYIMPAN EMAS
Emas bukan lah segalanya, namun jika di soroti daripada nilai sejarah emas telah memberi sumbangan dan menjadi sebahagian daripada perabadan dunia. Pelbagai artifak emas di temui seawal 5,000 tahun dahulu di zaman Mesopotamia dan tamadun dunia hebat yang lain.
Hari ini, emas masih menduduki tempat paling penting di dalam budaya dan masyarakat kita. Ia di gunakan sebagai barang perhiasan, barang kemas, konduktur elektrik di dalam alatan elektronik, logam komuditi dan sebagainya.
Dengan sumber yang semakin terhad dan permintaan semakin meluas, kadar kenaikan emas di lihat terus meningkat mengikut masa. Namun, masih ramai yang tidak melihat emas sebagai salah satu kunci kepada kekayaan mereka.
Sepenting dan ‘sehebat’ mana pun emas, masih ramai yang tidak menjadikan emas sebahagian perkara penting dalam hidup mereka, lebih – lebih lagi di dalam portfolio kewangan . Ada beberapa faktor yang di lihat menjadi halangan untuk mereka mengenali dan seterusnya menfaatkan kelebihan yang ada pada emas
1️⃣ Tak tahu dan tak nak ambil tahu
Manusia secara umumnya boleh di baagikan kepada 3 kategori utama iaitu
Kategori 1 – Mereka tak tahu apa yang mereka tak tahu
Kita panggil orang jenis ini ‘clueless’ atau mat/minah ‘blur’. Mereka tak kisah pun tentang emas. Emas tu apa? Yang mereka tahu pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur. Esok ulang rutin hidup harian yang sama
Kategori 2 – Mereka tahu apa yang mereka tak tahu
Individu kategori ini jelas dalam misi mereka. Mula mencari ilmu yang berkaitan, mencuba pelbagai strategi untuk capai impian mereka.
Kategori 3 – Mereka tahu apa yang mereka perlu tahu
Individu ini seorang yang tahu apa yang mereka ingin capai untuk menjadi kaya dan berjaya. Mula menyusun strategi dari awal dan ambil tindakan mencapai impian
Tidak salah pun menjadi individu kategori pertama. Namun jadilah individu di dalam kategori 2 atau lebih cemerlang menjadi kategori 3. Kita akui bahawa dunia ini luas. Allah telah bentangkan seluas lautan ilmu untuk kita terokai dan guna segala sumber yang ada (halal semestinya) untuk kita peroleh mendapat manfaat semaksima mungkin.
2️⃣ Melihat untung dari pertambahan nombor semata
Emas tidak akan memberikan pulangan tahunan seperti ASB. Keuntungan emas hanya boleh dikecapi setelah menjual kembali emas tersebut. sebagai penyimpan emas, anda perlulah mempunyai keyakinan diri yang kuat.
Ramai orang gagal untuk terus konsisten menyimpan emas di atas faktor ini. Mungkin di atas faktor pendidikan dan pengalaman.
Jika hendak ke Melaka dari Johor, mungkin ada yang hanya mengatahui satu jalan sahaja. Dengan teknologi waze & google maps, kita lebih mudah untuk membuat pilihan alternatif jalan yang ada.
Jangan terkejut masih ramai yang memilih untuk kekal di jalan yang mereka tahu (walaupun tersekat di kesesakan trafik) kerana jalan itu sahaja yang mereka tahu (the one and only road they know and believe).
3️⃣ Menjadi hamba kepada teknologi
Teknologi semakin canggih saban tahun dan telah melahirkan pelbagai gajet – gajet yang hebat. Iklan yang di paparkan pula menambah rencah menarik kita untuk memilikinya. Jika tidak di kawal, teknologi boleh menjadi dadah yang mempunyai kesan yang buruk.
Ia memberi kesan psikologi yang di kenali sebagai “kecanduan tingkah laku” atau suatu ketagihan dimana sesetengah individu merasakan mereka harus memiliki setiap kali teknologi baru di perkenalkan.
Ada yang sanggup berhutang semata untuk memenuhi kehendak tersebut dan ini memberi kesan sangat teruk kepada kewangan peribadi.
Bila sudah ketagih, menyimpan bukan lagi sesuatu perkara penting. Malah, tiada istilah tersebut di fikiran mereka.
4️⃣ Mengejar kepuasan segera
Emas merupakan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Ibarat larian marathon 40km yang mana nikmat kemenangan jauh nun di depan sana.
Jika tidak bersedia, kemungkinan besar ada yang ‘pancit’ pada 5km pertama. Jika semua orang ‘fit’, masakan ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya (baca: skim cepat miskin)
Cabaran terbesar untuk berjaya bukanlah bersaing dengan individu lain, tetapi cabaran untuk mengatasi nafsu sendiri. Penyimpan emas perlu fokus pada misi matlamat yang telah di tetapkan.
Ramai yang gagal untuk menangguhkan kepuasan (delayed gratification). Katanya, mereka layak untuk ‘manjakan’ diri. Bagi saya, ya itu betul. Terpulang pada individu. Namun kalau boleh, kita tidak mahu senang sekarang susah kemudian. Lebih indah jika senang sekarang, senang juga kemudian. Tetapi, selalunya kita kena memilih antara dua.
.
Ingin mulakan simpanan emas yang selamat dan di percayai semenjak tahun 2008 tetapi tak tahu caranya bagaimana? Hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful