NOTA 070
❇️❇️
PRODUK PILIHAN MANA LEBIH BAIK?
Dinar emas di Malaysia semakin mendapat sambutan selepas isu ini dibincangkan secara meluas selepas krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1998. Namun pada ketika itu, hampir tiada syiling emas dinar boleh di dapati di pasaran Malaysia
Melihat kepada perkembangan emas semasa dan potensi pasaran yang mula menarik minat rakyat Malaysia di dalam pelaburan emas, Public Gold menubuhkan syarikat pada tahun 2008 dengan memfokuskan untuk memasarkan emas pelaburan berbentuk jongkong dan syiling.
Sejarah syiling emas Public Gold bermula daripada dengan 1 dinar berkualiti 916 atau 22K. Syiling emas yang di datangkan di dalam bekas plastik ‘air tight’ berserta sijil ketulenan ini mendapat sambutan yang baik di kalangan pengumpul dan pelabur emas tempatan.
Menilai daripada sudut keperluan pelaburan yang mana emas berkualiti 999 atau 24K mendominasi pasaran, Public Gold memutuskan untuk memperkenalkan 1 dinar berketulenan tinggi pada 22 Disember 2014
Ia juga rentetan daripada kerajaan Malaysia yang mula memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Semua emas perhiasan dan pelaburan di kenakan cukai GST sebanyak 6%
Langkah Public Gold memperkenalkan dinar baharu berketulenan 24K keluaran Nadir Metal Refinery, Turkey (Nadir) di anggap tepat pada masanya kerana menurut akta percukaian yang baharu emas pelaburan yang bertaraf LBMA tidak di kenakan cukai GST. Ini amat memberi kelebihan kepada pelanggan Public Gold memaksimakan pulangan pelaburan mereka.
Dengan pemansuhan cukai GST pada 2018, Public Gold memutuskan untuk memberhentikan sementara penjualan dinar emas keluaran Nadir dan mula memfokuskan pengeluaran dinar tempatan.
Dengan penumpuan produktiviti pengeluaran emas tempatan, Public Gold dapat memenuhi permintaan dinar para pelanggannya lebih pantas. Melihat dari sudut perbandingan di antara produk tempatan dan Nadir, berikut adalah ‘point’ yang boleh di ambil kira di dalam membuat penilaian
- Tiada perbezaan dari sudut ketulenan, keduanya adalah emas 999 atau 24K
- Harga keduanya adalah sama
- Dinar emas keluaran Nadir si ‘seal’ bersama dengan sijil ketulenannya. Maka ia sedikit sukar untuk menguji ketulenan emasnya tanpa peralatan yang betul tanpa merosakkan produk tersebut. Namun, bagi emas tempatan ia mudah di uji kerana sijil dan emasnya berasingan
- Bergantung kepada polisi syarikat, tidak kesemua ar-Rahnu menerima produk LBMA tanpa perlu mengujinya terlebih dahulu. Ini menjadi kelebihan utama dinar tempata kerana emasnya boleh di sentuh dan di uji ketulenannya dengan mudah
- LBMA merupakan standard pematuhan pembuatan emas antarabangsa. Maka, jika anda bercadang untuk ke keluar negara dan menjual emas tersebut, produk LBMA dari Nadir diterima dengan mudah tanpa perlu pengujian ketulenan terlebih dahulu
.
Apapun pilihan produk anda, emas Public Gold adalah pilihan terbaik jika anda baru sahaja ingin berjinak dengan pelaburan emas. ‘Pakej’ yang di tawarkan oleh Public Gold memudahkan urusan pelanggannya dari langkap pertama memiliki emas sehingga mendapatkan pulangan dari pelaburan yang telah di buat
Baca: Pakej emas Public Gold
.
Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan
.
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful