FORMULA MUDAH UNTUK KAYA DAN BERJAYA

NOTA 069

❇️❇️

FORMULA MUDAH UNTUK KAYA DAN BERJAYA

Definasi kaya dan berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang meletakkan wang ringgit sebagai ukuran kekayaan. Ada juga yang meletakkan masa sebagai sempadan ukuran. Apa jua kayu ukur yang kita pakai, seharusnya kita berpijak di bumi yang nyata 

Orang yang bergaji RM3,000 tidaklah lebih kaya daripada orang yang bergaji RM1,500 jika perbelanjaannya RM4,000 sebulan. 

Orang yang bergaji 5,000 tidaklah lebih kaya daripada orang yang bergaji RM3,000 jika perbelanjaannya RM6,000 sebulan. 

Tetapi….

Orang yang bergaji RM1,500 lebih kaya daripada orang yang bergaji RM3,000 jika perbelanjaannya hanya RM1,000 sebulan dan masih berbaki RM500

Orang yang bergaji RM3,000 lebih kaya daripada orang yang bergaji RM5,000 jika perbelanjaannya hanya RM2,500 sebulan dan masih berbaki RM500

.

‘Orang kaya’ yang hidup lebih daripada kemampuannya adalah lebih miskin dari yang ‘miskin’. 

‘Orang miskin’ yang hidupnya di bawah kemampuannya adalah lebih kaya dari yang ‘kaya’.

Ramai orang yang salah mentafsirkan maksud sebuah kekayaan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika di lihat kepada formula matematik di bawah, sekilas pandang nampak seperti sama.

Formula 1

Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan

Formula 2

Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

Namun sebenarnya, jika di lihat daripada sudut pandang individu yang celik kewangan, ia amat berlainan sama sekali. Jawapan kepada kekeliruan ini adalah apakah perkara yang menjadi keutamaan? Berbelanja atau simpanan? Yang mana yang dahulu dan yang mana yang kemudian?

Jika keutamaan anda adalah berbelanja dahulu dan menyimpan apa sahaja yang berbaki, kemungkinan besar perbelanjaan akan melebihi pendapatan dan semestinya tidak akan ada apa yang berbaki untuk di simpan.

Jika keutamaan anda adalah menyimpan dahulu dan selebihnya adalah untuk perbelanjaan, kemungkinan besar anda akan menyimpan lebih banyak setiap bulan.

Kebanyakkan orang yang kaya dan berjaya menggunakan fomula ke-2 dalam kehidupan mereka. Menyimpan adalah asas kepada kekayaan bagi orang yang celik kewangan. Jadi, tetapkan keutamaan bagi diri sendiri dan anda akan berada di dalam perjalanan ke arah bebas kewangan.

Jika dengan menyimpan wang adalah adalah punca poket anda sering bocor, kemungkinan besar menyimpan wang tidak sesuai untuk anda. Jika Sebelum ini anda menyimpan duit, cuba pula kini anda cuba menyimpan emas

Emas telah di kenali berabad lamanya sebagai matawang yang ‘sebenar’. Sifat emas yang mengekalkan nilainya boleh memberikan anda manfaat untuk jangkamasa yang panjang. Dengan menjadikan emas sebagai medium simpanan, ‘wang’ anda akan kekal bertahan

.

Public Gold menyediakan kemudahan jual/beli emas yang mudah. Selain memiliki emas secara tunai dan ansuran, emiliki emas lebih mudah dengan menggunakan akaun emas GAP. Akses pemilikan dan penjualan 24jam sehari dan 365hari setahun tanpa henti.

.

Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan 

.

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful