AMBIL TAHU JENIS PERBELANJAAN

NOTA 068

❇️❇️

AMBIL TAHU JENIS PERBELANJAAN

Kepentingan untuk mengurus kewangan peribadi dengan baik adalah supaya matlamat kewangan persendirian, sama ada untuk mengcukupi bagi keperluan jangka pendek, merancang untuk bersara, atau menabung untuk pendidikan kolej anak anda dapat di capai. 

Kesemuanya bergantung kepada bagaimana anda mengimbangi pendapatan, perbelanjaan, keperluan hidup, dan tujuan dan keinginan peribadi melalui perancangan untuk memenuhi keperluan tersebut dengan kekangan kewangan semasa. 

Bagi memanfaatkan sepenuhnya pendapatan dan simpanan, adalah penting untuk meningkatkan kadar literasi kewangan (bijak urus wang) sehingga anda dapat membezakan antara nasihat yang baik dan buruk dan membuat keputusan yang bijak

Belajar mengenali jenis-jenis perbelanjaan yang telah, sedang dan akan anda gunakan boleh membantu anda dalam memperkemaskan strategi kewangan dan seterusnya memudahkan anda capai apa yang di impikan

 Secara asanya terdapat 3 jenis perbelanjaan bagi setiap individu dewasa yang bekerja. Ianya adalah

1️⃣ Perbelanjaan untuk hari ini

Perbelanjaan semasa yang di keluarkan untuk tujuan keperluan menyara kehidupan hari ini seperti untuk makanan, pakaian dan sebagainya. Ia juga termasuk perbelajaan untuk memenuhi kehendak atau keinginan seperti hobi dan sebagainya

2️⃣ Perbelanjaan untuk masa lalu

Sekiranya sebahagian besar wang anda pada hari ini di gunakan untuk menampung perbelanjaan masa lalu, anda mempunyai masalah yang serius. Sebelum anda dapat menyelesaikan masalah ini, anda perlu memahami bagaimana anda sampai ke tahap tersebut. 

Jika di teliti, ada dua kemungkinan yang berlaku

Pertama “anda” pada masa yang lalu tidak menabung secukupnya untuk memenuhi keperluan anda pada hari ini.

Atau kedua keadaan ini terjadi adalah kerana kesan perbuatan anda dimasa yang lalu. Sebagai contoh pembiayaan perumahan, kenderaan atau pembiayaan peribadi. Oleh yang demikian, anda terpaksa membahagikan pendapatan anda sekarang bagi perbelanjaan/perbuatan masa lalu

Beban hutang boleh menyebabkan anda kesengsaraan hidup

Jika perbelanjaan masa lalu yang berkaitan dengan hutang ‘baik’ ia adalah sesuatu yang sihat di mana apabila tiba masanya, ia akan memberikan manfaat. Perbelanjaan seperti pembelian hartanah atau pembiayaan ASB

Walaubagaimanapun, perbelajaan masa lalu yang berkaitan dengan ‘hutang’ jahat boleh menjerumuskan anak ke dalam masalah yang amat memeritkan.

3️⃣ Perbelanjaan untuk masa depan

Bagi menjamin kelestarian kehidupan di masa hadapan, seharusnya anda ‘membelanjakan’ sebahagian pendapatan hari ini ke dalam tabung persaraan. 

Begitu juga ‘perbelanjaan’ lain-lain seperti pendidikan anak-anak atau apa sahaja impian kewangan anda di masa hadapan

.

Pakar pengurusan kewangan mencadangkan seharusnya anda mempunyai portfolio perbelanjaan yang seimbang bagi mengelakkan masalah yang serius. Penyediaan seperti dana kecemasan atau tabung persaraan amat di titik beratkan.

Jika anda mempunyai masalah sikap boros, mungkin anda boleh mencuba untuk menjadikan emas sebagai sebahagian instrumen simpanan anda. Secara semulajadi, emas mempunyai ‘aura’ yang boleh membantu penyimpannya untuk terus konsisten menyimpan,

Kesimpulannya, semakin banyak anda berbelanja untuk masa lalu, semakin sengsara kehidupan anda. Namun, semakin banyak anda peruntukan untuk perbelanjaan masa hadapan, semakin sejahtera kehidupan

.

Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan 

.

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful