PETUA BELANJAKAN WANG SECARA BIJAKSANA

NOTA 067 

❇️❇️

PETUA BELANJAKAN WANG CARA BIJAKSANA

Bagi sesetengah orang, msalah kewangan bukan berpunca daripada ketidakcukupan wang atau asbab kerana gaji kecil.

Namun bagi kebanyakkan yang lain, punca utama masalah kewangan adalah kerana tidak membelanjakan wang yang mereka perolehi dengan baik.

Laporan BH mengenai peningkatan hutang isi rumah

Menurut laporan Bank Negara Malaysia melalui kajian yang di jalankan pada 2019, secara keseluruhan hutang isi rumah yang merujuk kepada tanggungan yang perlu di bayar balik pada masa akan datang kekal tinggi iaitu 87.5%.  

Hutang yang tinggi boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran wang tunai yang akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan. 

Bagi mengelakkan munculkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan, pakar perancangan kewangan mencadangkan petua berikut 

1️⃣ Ambil tahu aliran tunai anda 

Sebelum mula berfikir bagaimana untuk membelanjakan wang yang di perolehi, pertama sekali anda perlu memahami kepada wang tersebut akan di belanjakan. Buat anggaran kira-kira berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan. 

Antara aplikasi yang boleh membantu anda merekod perbelanjaan harian

Biasakan diri untuk rekod ke mana wang tersebut di belanjakan secara harian menggunakan pelbagai cara yang anda fikirkan sesuai. pelbagai aplikasi telefon pintar yang boleh di dapati di internet bagi memudahkan anda untuk merekod. Paling tidak setiap kali berbelanja, hantar pesanan whatsapp atau telegram kepada diri sendiri.

Setelah anda mengatahui kemana wang itu di dibelanjakan, anda boleh mula mencari peluang untuk penambahbaikan

2️⃣ Fikir manfaat jangkamasa panjang

Jika di teliti, terlalu banyak pembelian yang di lakukan dengan mengejut atau mengikut gerak hati. Sebagai contoh jika ke pasaraya tanpa membawa senarai belian yang hendak di beli, kebarangkalian untuk berlakunya perbelanjaan tidak perlu adalah tinggi

Sebelum membeli sesuatu, fikirkan bagaimana ia akan mempengaruhi anda pada masa akan datang (paling tidak sehingga hari gaji seterusnya). 

Fikirkan apakah kebaikan yang di perolehi atas pembelian yang akan di lakukan? Adakah dengan berbelanja kali ini akan menyebabkan hutang anda bertambah? Persoalan-persoalan sebegini dapat membantu anda menentukan apakah sesuatu yang akan di beli itu memberi manfaat

3️⃣ Gunakan kad kredit hanya dan hanya jika anda mampu

Kad kredit boleh menjadi kawan yang baik bagi mereka yang bijak mengambil manfaat darinya. Pelbagai tawaran ‘cashback’ boleh di dapati yang membolehkan anda untuk lebih berjimat. 

Tawaran ‘cashback’ yang membolehkan anda berjimat

Walaubagaimanapun, gunakan kad kredit hanya dan hanya jika anda mampu melunaskannya dengan serta merta. Tiada penangguhan. Walaupun ada kelebihan yang di berikan namun harus waspada, kad kredit boleh menjadi pemangkin untuk anda menuju ke nerawa wang dengan lebih cepat! Caj penalti lewat bayar yang terlalu tinggi

4️⃣ Mula melabur dari peringkat awal

Membelanjakan wang anda dengan bijak bukan sekadar mengelak pembelian yang tidak perlu. Ia juga berkisar tentang bagaimana anda mengalihkan wang yang anda simpan dan memasukkannya ke dalam perkara-perkara yang boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan.

Tidak kira tua atau muda, sedikit atau banyak, anda perlu untuk meletakkan wang tersebut ke tempat yang boleh mengembangkan lagi potensi wang tersebut. Sebagai contoh meletakkan wang ke dalam unit amanah supaya modal anda terus berkembang

.

Selain daripada itu, emas juga di lihat boleh memberikan potensi pulangan yang berbaloi untuk jangkamasa panjang. Sepanjang 5 tahun yang lalu, emas memberikan purata pulangan sebanyak ~10% setahun 

Paparan akaun emas GAP, cara pembelian emas mudah

Secara psikologinya, emas dapat membantu penyimpannya untuk terus konsisten membina tabungan dalam mencapai matlamat kewangan. Aura emas secara semulajadi membantu dalam menjadi pemangkin untuk terus menambah tabungan yang di bina
.

Ingin mulakan simpanan emas tapi tak tahu cara? Hubungi saya untuk bantuan 

.

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan #takaful