MELABUR: KENAPA PERLU BUAT?

NOTA 038 

❇️❇️

MELABUR: KENAPA PERLU BUAT?

Pelaburan adalah penting untuk mencapai matlamat kewangan seseorang dan menyediakan penampan (buffer) untuk perbelanjaan yang tidak diduga yang mungkin timbul pada masa akan datang

‘Makan gaji’ merupakan sumber pendapatan utama pada kebanyakkan orang. Ia boleh di ibaratkan sebuah ‘kenderaan kewangan’ untuk mencapai impian

Namun ‘kenderaan’ ini sarat dengan ‘muatan’ yang perlu di bawa, dan sehinggakan kadang-kala tertinggal muatan yang penting. Maka, melabur adalah salah satu ‘kenderaan’ yang lebih besar supaya ia boleh membawa lebih banyak ‘muatan’ 

Saya senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu melabur

1️⃣ Melabur untuk mendapatkan lebih pulangan

Dengan hanya menyimpan, pulangan yang di berikan adalah tidak memadai. Ini adalah kerana faktor ekonomi yang semakin hari semakin mencabar

Dengan melabur, ia akan membantu anda untuk memperoleh pulangan yang tinggi berbanding dengan hanya menyimpan di akaun simpanan bank yang memberikan pulangan sekitar 4 peratus setahun. Melabur di pasaran dapat memberi anda pulangan lebih tinggi

Dengan memperoleh lebih pulangan, maka lebih banyak impian kewangan anda akan dapat di capai dengan kadar masa yang lebih pantas! Ibarat berjalan kaki balik kampung. Ya, anda akan sampai di kampung (kalau sampai lah) namun jika anda menaiki kereta, bukan kah ia lebih pantas?

2️⃣ Melabur dapat mengimbangi inflasi

Mengikut kalkulator inflasi dari Jabatan Statistik Malaysia (https://www.dosm.gov.my/cpi_calc/), RM1,000 pada tahun 2020 adalah bernilai RM826.80 pada tahun 2010. Ini menunjukkan kuasa beli rakyat Malaysia telah menyusut sebanyak 17.38% dalam masa 10 tahun (1.74% setahun)

Pulangan dari pelaburan dapat membantu mengekal atau mengimbangi daya beli pada tahap yang tetap. Sekiranya anda tidak mengalahkan kadar inflasi, anda memerlukan lebih banyak wang untuk memiliki barang atau servis yang sama pada masa akan datang

3️⃣ Melabur sebagai dana persaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan bahawa lebih daripada 70% pencarumnya mempunyai baki simpanan yang tidak mencukupi untuk bersara. Menurut pengiraan, baki tersebut hanya mampu bertahan 5 tahun sahaja

Perkiraan ini adalah amat membimbangkan memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun. Dengan kata lain, anda tidak akan ada duit untuk sara hidup!

Pelaburan dapat membantu memenuhkan tabung persaraan ini. Dana persaraan ini akan mampu mengumpulkan lebih masa dan memberikan jaminan untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa walaupun selepas bersara.

4️⃣ Melabur untuk bina kekayaan

Membina kekayaan luar biasa bukanlah menjadi keutamaan. Ia lebih kepada membina kekayaan yang membolehkan anda hidup dengan selesa. Bebas memenuhi kehendak dan keperluan kehidupan

Pelaburan dapat memberikan pendapatan sampingan yang membolehkan anda capai apa yang anda inginkan – bersara dengan berjaya, memiliki rumah impian dan sebagainya

5️⃣ Melabur untuk mengurangkan risiko

Risiko adalah asam garam di dalam pelaburan. Dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan, kita boleh mengurangkan risiko kerugian. Seperti mana kita memandu kereta, pemakaian tali pinggan keledar mampu mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan

Dengan hanya menyimpan tunai, kemungkinan besar tabungan akan bocor. Jika ini sering terjadi, sebaiknya tukar kaedah simpanan

Emas merupakan alternatif simpanan jangkamasa panjang yang fleksibel yang berbaloi. Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan