
NOTA 037
❇️❇️
SIMPANAN DAN PELABURAN
Melabur adalah teknik membina kekayaan, tetapi ianya bukan hanya untuk orang kaya. Sesiapa sahaja boleh mula melabur, dan pelbagai kaedah yang fleksibel yang menjadikannya mudah untuk dimulakan dengan jumlah yang kecil. Apa yang membezakan pelaburan dari perjudian adalah pelaburan memerlukan masa – memerlukan kesabaran
Mengapa perlu melabur?
Tujuan pelaburan adalah untuk membina kekayaan. Bukan untuk menjadi seperti ‘Qarun’ atau mencari kekayaan seperti hendak membawa masuk kubur. Tetapi kekayaan yang boleh membantu kita capai matlamat seperti mengerjakan umrah / haji, persaraan, pendidikan dan sebagainya
Tabung Haji (TH) telah menabur jasa berabad lamanya untuk umat Islam di Malaysia. Pengurusan yang cemerlang saban tahun menguruskan jemaah ke Tanah Suci Mekah. Tiada organisasi di dunia dapat tandingi kecemerlangan TH dalam menguruskan jemaah
Menabung di TH boleh di katakan menjadi ‘kewajiban’ bagi kita. Saya sendiri secara peribadi membuat potongan gaji bulanan di akaun TH. Selain tabungan untuk pengesahan pendaftaran Haji, ia juga sebagai tabungan paksa setiap bulan
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ibarat tulang belakang pada Bumiputera mengenal erti sebuah pelaburan. Banyak manfaat yang telah di perolehi oleh ramai rakyat Malaysia. ASB boleh di ibaratkan sebagai moyang dalam ilmu pelaburan rakyat Malaysia
Melalui pelaburan bersama ASB, ramai orang mengenali apa itu erti ‘pelaburan’. ASB adalah satu pelaburan sangat baik kerana hampir tiada sebarang risiko kerungian. ‘Parkir’ duit, goyang kaki dan hujung tahun dividen dan bonus di istihar. Pulangan pelaburan ASB bergantung pada prestasi pelaburan yang di lakukan oleh pengurus dana
Emas pula adalah suatu simpanan dan pelaburan yang ‘trendy’ tatkala ini. Pasaran pelaburan emas boleh di katakan ‘meletup’ ketika rakyat menerima wang moratorium. Lebihan wang yang banyak sehinggakan habis emas di kedai emas di borong oleh orang awam. Luar biasa!
Rakyat Malaysia secara tiba-tiba teruja untuk membeli emas. Melihat kepada prestasi emas yang lalu, mereka yakin bahawa emas mampu memberikan pulangan yang berbaloi. Namun, pemilihan produk emas yang sesuai adalah menjadi kemestian agar pulangan pelaburan dan simpanan dapat di maksimumkan
Untuk nota kretiria pemilihan emas yang baik boleh rujuk di penulisan melalui pautan berikut (https://emas4u.com/2021/01/27/pakej-emas-dari-public-gold/)
Setiap instrumen pelaburan dan simpanan adalah bagus. Yang tak bagus hanyalah jika anda tidak membuat simpanan, apatah lagi pelaburan. Pemilihan instrumen bergantung kepada kesesuai setiap individu kerana setiap dari kita adalah berbeza
Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan
MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA
👉🏻📞 011-70000171
#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan