5 PETANDA ANDA BIJAK URUS WANG

NOTA 039

❇️❇️

5 PETANDA ANDA BIJAK URUS WANG

Pengurusan wang yang baik dapat membantu dalam menetapkan dan mencapai matlamat kewangan jangka panjang, sama ada matlamat besar seperti membeli rumah atau merancang persaraan, atau sebagai dana kecemasan sehingga tekanan dalam perbelanjaan yang tidak dijangka dapat di urus dengan baik 

Dengan menguruskan wang dengan baik, kita mampu hidup dengan tenang tanpa masalah. Masalah dalam kewangan boleh menjadi punca utama kepada timbulnya masalah-masalah lain seperti masalah rumah tangga, pekerjaan dan sebagainya

Oleh yang demikian, ilmu pengurusan kewangan di kira amat penting di kala krisis kewangan yang kini menjadi isu utama masyarakat kita hari ini

Di antara tanda-tanda orang yang telah berjaya menguruskan wang dengan baik adalah

1️⃣ Aliran Tunai Positif

Aliran tunai bersih yang positif bermaksud bahawa anda memperoleh lebih banyak daripada yang anda belanjakan dan bahawa anda mempunyai sejumlah wang yang berbaki dalam sesuatu tempoh

Sebaliknya, aliran tunai bersih negatif menunjukkan bahawa anda menghabiskan lebih banyak wang daripada yang anda bawa. Strategi mudah untuk mendapat aliran tunai yang positif adalah hidup di bawah paras kemampuan

Jika anda bergaji sebulan RM2,000, maka berbelanjalah seperti orang bergaji RM1,000. dan begitulah seterusnya. Jika mengamalkan gaya hidup sebegini, anda akan mempunyai lebihan wang yang banyak untuk pelbagai aktiviti lain yang boleh menjada keuntungan yang lebih

2️⃣ Bayar Bil Tanpa Masalah

Kita perlukan duit untuk hidup, bukan kita hidup untuk duit. Duit di perlukan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat perlindungan, pengangkutan dan sebagainya

Jika anda mampu menunaikan perkara asas ini tanpa perlu berhutang, ini menunjukkan anda telah berjaya menguruskan wang dengan baik. Bilamana anda perlu berhutang untuk keperluan asas, maka semakkan perlu di lakukan bagi memperbaiki keadaan

3️⃣ Merancang Sebelum Membeli 

Ada kalanyanya kita perlu menghargai diri dimana kita berbelanja untuk memenuhi kehendak. Seorang yang berjaya dalam pengurusan kewangan akan membuat perancangan teliti lebih awal sebelum memenuhi kehendaknya

Membuat penelitian seperti sumber kewangan dari mana yang perlu di gunakan dan membuat perbandingan harga membolehkan dia memperoleh pulangan yang maksimum dalam perbelanjaan tersebut

4️⃣ Mampu Untuk Menabung

Menabung merupakan perkara paling senang, namun ia paling sukar di laksanakan. Ini adalah kerana kebanyakkan individu tidak dapat menentukan keutamaan dalam pengurusan kewangan

Belanja dulu atau menabung dulu? Ramai individu tidak mampu melihat kepentingan di dalam menabung. Mereka gagal mengambil manfaat daripada kisah tauladan yang mereka dengar di sekeliling mereka

Bencana wabak Covid-19 sepatutnya telah banyak mengajar kita kepentingan menabung – menyediakan dana kecemasan. Di berhentikan kerja merupakan musibah besar bagi setiap individu. Jika mempunyai dana kecemasan yang mencukupi, ia mampu untuk menampung kehidupan sementara mencari pekerjaan yang lain

5️⃣ Mampu Untuk Melabur

Melabur merupakan kaedah pantas untuk mencapai matlamat kewangan. Keuntungan yang di berikan daripada pelaburan adalah lebih lumayan daripada keuntungan menyimpan tunai

Pengurusan wang yang baik membolehkan anda melabur dan memperoleh keuntungan dengan lebih pantas

Emas merupakan alternatif simpanan jangkamasa panjang yang fleksibel yang berbaloi. Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan