APA PERBEZAAN 916 DAN 917

NOTA 036

❇️❇️

APA BERBEZAAN 916 DAN 917

Pada nota terdahulu (https://emas4u.com/2021/02/16/apa-perbezaan-999-9-dan-999/), saya kongsikan berbezaan emas 999.9 dan emas 99.99%. Pada kali ini pula perkongsian berkaitan dengan emas 916 dan emas 917

Apakah perbezaan di antara emas 916 dan 917?

Jika ada pertanyaan soalan ini maka kebiasanya adalah orang yang mengumpul Dinar Emas. Mereka mengatahui adanya dinar emas 916 dan dinar emas 917

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang mengeluarkan dinar emas sendiri. Jadi setiap syarikat mempunyai spesifikasi ketebalan, diameter dan ketulenan yang tersendiri.

Sebelum zaman GST, pasaran dinar emas di Malaysia popular dengan dinar emas 916 dan 917. Dinar emas kelantan mula di perkenalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan pada tahun 2006 melauli anak syarikat Negeri Kelantan iaitu Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT)

Sebagai contoh dinar KGT melabelkan ketulenan 917 pada dinar mereka. Manakala dinar emas Public Gold (edisi sebelum GST) dilabelkan sebagai dinar 916. Jadi orang tertanya-tanya. Ada tak perbezaan di antara ketulenan kedua-dua dinar emas ini?

Adakah dinar emas 917 lebih bagus daripada dinar emas 916?

Mula-mula sekali kita kena tahu, apakah sistem yang digunakan untuk mengukur ketulenan emas?

Jawapan: Ketulenan emas diukur menggunakan sistem karat emas.

Sistem karat emas mengukur ketulenan dengan cara melihat berapa bahagian emas tulen per 24 bahagian. Boleh rujuk NOTA 010 untuk mengatahui lebih lanjut tentang karat (https://emas4u.com/2021/01/27/kualiti-emas-mengikut-spesifikasi/

Jika emas tersebut tidak ada sebarang campuran, yakni 24 bahagian/24 bahagian emas maka ia dipanggil emas 24 karat (emas tulen)

Jika tukang emas campur 2 gram tembaga dan 22 gram emas, maka hanya 22 bahagian adalah emas dan 2 bahagian adalah logam lain, maka emas itu adalah berketulenan 22 karat.

Kenapa tukang emas nak campur logam lain ke dalam emas? 

Jawapan : Supaya emas tersebut menjadi lebih keras dan tahan lasak. Emas 24 karat ni lembut dan mudah tercalar dan terputus. Sebab itu barang kemas 24 karat kita jarang jumpa. Kita selalu jumpa barang kemas 22k @ 916.

Berbalik kepada dinar 917 dan 916. Ada beza ke?

Jawapan : Tiada perbezaan. Kualiti kedua-duanya adalah SAMA. Sebab kedua-dua dinar ini ditempa daripada emas 22 karat.

917 dan 916 ini adalah hasil daripada pembundaran nombor sahaja. Sebab kalau kita nak tukar sistem karat kepada peratus, maka formulanya adalah seperti berikut:

22/24 x 100 = 91.666666666666667 %

Nombor ini anda boleh pilih untuk bundarkan kepada 91.6 atau 91.7. Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.6 maka

91.6 / 100 x 1000 per thousand part = 916

Jika anda pilih untuk membundarkannya kepada 91.7 pulak, maka 91.7 / 100 x 1000 per thousand part = 917

Jelas?

Sebenarnya ketulenan 916 dan 917 ini adalah sama. Cuma cara syarikat buat pembundaran ajer yang menjadikan dia 917 dan 916.

(Kredit penulisan asal Tn Syukor Hasim)

Mulakan simpanan emas dengan Public Gold serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan