KUALITI EMAS MENGIKUT SPESIFIKASI

NOTA 010 

❇️❇️

KUALITI EMAS MENGIKUT SPESIFIKASI

Karat adalah satu unit standard yang di guna pakai untuk pengkelasan atau spesifikasi ketulenan emas; sama seperti unit-unit yang lain dalam pengukuran gram, meter, liter dan sebagainya

Ketulenan emas mewakili berat emas di dalamnya, berbanding dengan jumlah berat yang merangkumi logam lain yang di campurkan bersama. Logam aloi ditambah untuk meningkatkan kekerasan dan ketahanan jongkong, syiling dan emas perhiasan, mengubah warna produk akhir atau mengurangkan kos per berat

Sebagai contoh, tembaga ditambahkan ke dalam perak logam berharga untuk membuat aloi yang lebih tahan lama untuk digunakan dalam syiling, peralatan rumah atau perhiasan

Emas 24K atau emas tulen adalah logam yang lembut. Walaupun ia lebih mudah untuk di bentuk menjadi barang kemas tetapi ia tidak praktikal kerana ia mudah hilang bentuk atau cacat jika di gunakan sebagai basahan. Emas 24K lebih banyak di jual sebagai emas pelaburan

Contoh pengiraan mudah karat adalah seperti berikut 

Emas 24K = 100% Emas tulen = 999

Maka, 1K Gold = (100/24) = 4.167% Emas Tulen

Oleh itu,

Emas 22K = (4.167 x 22) = 91.67% Emas Tulen = 916

Emas 18K = (4.167 x 18) = 75% Emas Tulen = 750

Emas 14K = (4.167 x 14) = 58.33% Emas Tulen = 583

Secara asasnya, lebih banyak kuantiti emas di dalam campuran lebih tinggi nilainya. Warna emas tulen adalah kuning. Campuran emas dan logam lain yang berlainan akan mempengaruhi warna akhir produk. Sebagai contoh 

‘Yellow Gold’ = Emas + Zink / Perak 

‘White Gold’ = Emas + Perak/Nikel, Manganese/Palladium

‘Rose Gold’ = Emas + Tembaga (Lebih tinggi peratusan tembaga lebih kemerahan)

Pemilihan produk mestilah selari dengan tujuan pemilikan bagi memenuhi matlamat yang ingin di capai. Ianya seperti memilih peralatan yang betul untuk melakukan tugasan dengan lebih berkesan

.

Jika berminat untuk mulakan simpanan emas bersama Public Gold, anda boleh hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan

error: Content is protected !!