KENAPA SI KAYA MAKIN KAYA

NOTA 027

❇️❇️

KENAPA SI KAYA MAKIN KAYA

Sebelum kekayaan wang ringgit datang, jiwa dan minda kita mesti bersedia terlebih dahulu. Masih ingatkan kisah orang kaya segera Felda LBJ? Boleh baca di sini (https://emas4u.com/2021/01/27/hakikat-wang-yang-sebenar/)

Bayangkan jiwa dan minda diri adalah sebuah gelas yang kosong. Gelas ini tidak akan mampu untuk menampung sejumlah air yang lebih dari saiz (kemampuan) gelas tersebut

Seseorang itu tidak akan kaya sebelum minda dan jiwanya bersedia untuk menjadi kaya

1️⃣

Orang kaya tidak sibukkan diri untuk nampak kaya kerana orang kaya sibuk merancang untuk berjaya. Orang kaya tidak sibuk untuk ikut ‘trend’ semasa. Memiliki kereta keluaran semasa, gajet terbaru, fesyen terkini dan sebagainya

Ini kerana orang kaya sibuk bagaimana mereka boleh kembangkan lagi aset yang ada. Sentiasa merancang dan kemaskini strategi untuk mencari peluang dan ruang baharu untuk berjaya

2️⃣

Orang kaya sibuk menambah ilmu bagi memperbaiki diri manakala orang lain sibuk habiskan duit berjoli. Orang kaya bukan kerana mereka bernasib baik atau sentiasa betul dalam membuat keputusan

Kelebihan orang kaya adalah mereka sentiasa belajar; belajar dari kesilapan mereka lakukan dan kesilapan orang lain. Sentiasa perbaiki kelemahan diri supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama  

3️⃣

Orang kaya sibuk laburkan duit membeli aset, sedangkan orang lain sibuk leburkan duit  beli liabiliti

Ramai yang berpendapat sudah kerja penat-penat, enjoy lah. Sabar anak muda. Kita hidup bukan untuk sehari. Waktu susah ia tidak datang membuat temu janji

Tangguhkan dahulu kepuasan diri (self gratification). Tahun ini usia sudah menjengah 38 tahun. Jika mampu putarkan kembali masa, ingin sekali saya mengutip wang-wang yang di bazirkan entah ke mana

Jika anda baru mula bekerja, pakai sahaja motor buruk yang ada. Tak perlu jerut leher untuk memiliki kereta hendak bergaya. Bina aset dengan wang yang ada. Cari mentor seperti Dr Azli, Zaidi Ismail, Abe Nazz Zain, Harith Faizal dan ramai lagi. Belajar dari mereka bagaimana mereka membina kerjaya dan harta

4️⃣

Orang kaya membina tabungan dan pendapatan ‘rasidual’ untuk bersara, sedangkan orang lain berkata ‘takpa duit pencen kan ada’

Kawan – kawan. Duit pencen itu bukan selamanya. Polisi kerajaan boleh bertukar tak kira masa. Andai kata anda akan menerima duit pencen RM5,000 sebulan, tahukah anda RM5,000 sekarang tidak akan pernah sama dengan RM5,000 10 tahun akan datang

Tidakkan anda pernah mengambil pengajaran dengan nasi lemak 20sen? Dulu 20sen penuh sepinggan. Sekarang, ikan bilis pun tak dapat. Itulah inflasi

Bina pendapatan residual – anda buat sekali, hasil di bayar berkali-kali. Banyak caranya, antara mahu dan tidak mahu sahaja. Dan semestinya bukan skim cepat kaya (baca: skim cepat miskin)

Berminat memulakan tabungan emas serendah RM100, hubungi saya untuk bantuan

MOHD KAMARUDDIN BIN JAFFAR, MBA

👉🏻☀️ https://flow.page/emas4u

👉🏻☎️ https://dyndzu.wasap.my/

👉🏻📞 011-70000171

#emas #publicgold #gold #simpanan #investment #saving #pelaburan

Untuk maklumat lanjut boleh klik link berikut https://dyndzu.wasap.my/